SEEKOR ular tedung hitam ditangkap di perkarangan kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam. Perkara itu dimaklumkan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) menerusi satu posting di Facebook. “Pusat Kawalan Operasi Daerah Hulu Langat menerima satu kes menangkap ular daripada MERS999 di alamat Bandar Sungai Long. “Setibanya anggota APM di lokasi, mereka mendapati bahawa terdapat seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri. Anggota APM sempat bergambar bersama Perdana Menteri. “Anggota APM berjaya menangkap ular tedung hitam tersebut dengan menggunakan peralatan khas,” ujar APM. Menurut APM lagi, Anwar dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga sempat bermesra dengan anggota yang terlibat dalam misi tersebut. Dalam kejadian itu, empat anggota bertindak ke kediaman Anwar selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.33 malam. Menurut Koperal Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat, Mior Norazlan Safian, ular seberat 800 gram sepanjang kira-kira satu meter itu dengan menggunakan peralatan khas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube