HASIL rakaman video orang awam tentang perbuatan menabur paku di atas jalan di Batu Gajah, Perak baru-baru ini, polis berjaya menahan seorang lelaki yang percayai terbabit dalam insiden berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di Changkat Larang, Lahat, Ipoh, pada pukul 3 pagi Sabtu. Katanya, suspek ditahan hanya selepas lima jam video kejadian tular di media sosial. Tambah beliau, suspek kini direman empat hari bermula Sabtu, bagi membantu siasatan. "Suspek disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat," katanya. Terdahulu seorang pelayar Twitter berkongsi video menunjukkan tindakan pemandu sebuah kereta menabur objek dipercayai paku di atas jalan raya. “Lokasi Jalan Batu Gajah. Memang dah terang-terang buang paku atas jalan untuk cari makan. Komen netizen di Twitter. “Nombor plat pun dah ada. Apa lagi kasi angkutlah,” katanya dalam ciapan tersebut. Hantaran tersebut ternyata mengundang kemarahan netizen. “Yang tabur paku dan simbah minyak atas jalanraya atas tiket (helah) nak dapat job kerja bengkel atau insurance ni patut kena penjara. “Cubalah bayangkan tiba-tiba orang tu terlanggar sampai hilang kawalan. Kalau kemalangan dan maut. Tak rasa bersalah seumur hidup? “Macam-macam orang ya dalam dunia ni. Jenis tak senang duduk jika tak buat ‘tahi’ pada orang pun ramai,” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube