suria

Jamu selera makan ikan buntal… selepas isteri, suami pula meninggal dunia setelah seminggu koma

Lelaki ini maut disebabkan pengambilan toksin yang ada pada ikan buntal tersebut.

SEORANG warga emas yang koma selepas makan ikan buntal (puffer fish) meninggal dunia pada Sabtu.

Difahamkan lelaki berusia 84 tahun itu meninggal dunia selepas hampir seminggu dimasukkan ke hospital.

Sebelum ini, lelaki itu dihantar ke unit rawatan rapi (ICU) manakala isterinya telah meninggal dunia pada 25 Mac lalu.

Kematian isterinya dikenal pasti berpunca daripada keracunan makanan dengan komplikasi saraf (neurological manifestations) yang mengakibatkan kegagalan pernafasan dan degupan jantung tidak teratur, mungkin disebabkan kandungan toksin yang ada pada ikan buntal tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba menggigil, sesak nafas... Warga emas dari Johor maut makan ikan buntal, suami dalam ICU

Mayat isterinya dikebumikan di tanah perkuburan Cina Chamek pada 29 Mac.

Untuk rekod, pasangan itu dikatakan membeli ikan itu secara senyap-senyap daripada penjual ikan pada 25 Mac sebelum menyediakannya sebagai hidangan untuk makan tengah hari. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain