suria

Remaja perempuan hilang disyaki mangsa nafsu rakus bapa tiri, suspek suami isteri ditahan

Seorang remaja perempuan remaja perempuan dipercayai menjadi mangsa rogol bapa tirinya.

POLIS menahan sepasang suami isteri, susulan laporan yang dibuat oleh seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirinya dirogol oleh bapa tiri.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, ibu kandung mangsa berusia 40 tahun dan bapa tiri berusia 36 tahun itu ditahan, pada pukul 9.30 malam Sabtu.

Beliau berkata, pasangan itu baru pulang dari Sabah ketika ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

"Mangsa membuat laporan polis di ibu pejabat polis Jasin pada 6 April, mendakwa dia diserang secara seksual (beberapa kali) oleh bapa tirinya sejak 2020," katanya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa nafsu serakah rogol 2 anak kandung, kecewa isteri tak layan kerana 'datang bulan'

Ahmad Jamil berkata, pasangan itu direman sehingga 15 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Pada 6 April lalu, dilaporkan remaja yang hilang sejak 20 hari lalu ditemukan selamat.

Remaja itu ditemui selamat di sebuah pangsapuri di Kampar, Perak pada 3.30 petang, 5 April lalu bersama seorang rakan lelaki berusia 20 tahun.

Beliau berkata, gadis itu mengaku keluar dari rumahnya secara sukarela dan tinggal bersama rakannya sejak 18 Mac lalu.

Polis kemudian melakukan siasatan mengenai punca remaja itu keluar dari rumahnya di Jasin dan tinggal bersama rakannya di Perak. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain