suria

Jiran atas guna asid cuci paip tersumbat, kanak-kanak terkena percikan dikejarkan ke hospital - “Dia kata siram air panas je”

Paip pecah kerana asid yang dituang oleh jiran di atas.

MALANG tidak berbau.

Begitulah ungkapan yang boleh dikaitkan dengan tragedi menimpa keluarga ini ketika mereka berada di kediaman mereka sendiri.

Melalui satu perkongsian di laman Twitter, seorang lelaki menceritakan bagaimana anak saudaranya terkena rembesan asid ketika sedang mandi kerana sesalur air di atas tandasnya pecah.

Dikenali sebagai Reza Samat, dia berkata anak saudaranya itu terpaksa dikejarkan ke hospital segera kerana cecair asid itu mula bertindak ke atas badannya.

Asid keluar dari sesalur air yang pecah ini sehingga terkena mangsa.

"Apartment adik saya di Kepong, Selangor. Kejadian waktu nak berbuka. Orang tingkat atas simbah asid dalam paip, anak dia yang kena. Tiba tiba paip dia mengembang and bocor.

"Bau belerang sangat kuat. Kebetulan anak dia berumur 6 tahun tengah mandi and menjerit sebab asid dah masuk mata. Terus kena bawa pergi emergency," ujarnya.

Reza memaklumkan keadaan anak sauadaranya itu kini tidak terlalu kritikal dan sedang berada di bawah pemantauan doktor.

Bapa kepada mangsa segera menerjah kediaman di tingkat atasnya untuk memeriksa dan mendapatkan penjelasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal, terima ‘padah’ selepas suka-suka campur cecair peluntur dengan stain remover - “Saya ingatkan nak mati dah”

"Adik saya dah ketuk pintu jiran tu dan betul dia baru tuang asid. Mungkin niat dia baik nak clear paip tersumbat. Tapi jadi isu apabila dah kena kanak-kanak.

"Orang tu baru menyewa di situ dan dia pun tak sangka nak jadi macam tu. Mula-mula dia tak mengaku bila ditanya ada pakai asid ke.

"Cakap siram air panas je, tapi lepas tu baru dengar dia terlepas cakap, eh kedai bawah suggest kata boleh guna asid ni.," terang Reza.

Seorang netizen sempat memberikan peringatan penggunaan asid untuk solusi tandas tersumbat di rumah bertingkat adalah dilarang sama sekali.

"Semua orang kena faham rumah bertingkat dilarang sama sekali simbah asid! Bukan hanya dilarang tapi diharamkan.

"Bahaya dan memang boleh bocorkan rumah bawah sekali. Tolong ambil maklum kepada mereka yang duduk di rumah jenis bertingkat," tegas warga maya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain