suria

Wow! PM ucap selamat datang buat Coldplay, ramai tak sabar nak pergi konsert

Coldplay bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 22 November. Foto kanan: Handout

PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat datang kepada kumpulan muzik popular Britain, Coldplay yang akan mengadakan konsert pertamanya di Malaysia tidak lama lagi.

"Selamat Datang ke Kuala Lumpur," ciapnya ringkas menerusi Twitter pada Selasa pagi.

Ciapannya itu disambut baik oleh netizen yang turut tidak sabar menantikan persembahan kumpulan popular itu.

Konsert jelajah The Music Of The Spheres World Tour akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November.

Selain di ibu kota, Coldplay dijangka beraksi di Tokyo, Kaohsiung, Jakarta dan Perth pada November.

Antara lagu popular Coldplay adalah Paradise, The Scientist, Fix You dan Yellow.

Tiket konsert Coldplay November di Kuala Lumpur akan mula dijual pada 17 Mei bermula 10 pagi di www.livenation.my.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia turut meluahkan rasa teruja dengan penganjuran konsert itu menerusi media sosial.

"Wow sempoilah PM (Perdana Menteri)! Harap tiket harga marhaen.

"Bos payung tiket bos! Tiket jual tengah bulan bos.

"Bapak steady PM aku," komen netizen membalas ciapan asal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain