JABATAN Imigresen Johor akan menjalankan siasatan susulan tersebarnya video menunjukkan seorang wanita kencing di belakang kaunter di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru. Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata siasatan itu akan membantu untuk menentukan bila ia berlaku memandangkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung perkara itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tular wanita berak tepi lebuh raya ketika trafik sesak "Tindakan membuang air kecil di tempat awam adalah tidak wajar memandangkan BSI adalah bangunan kerajaan yang dikawal rapi. "Sekiranya orang itu tidak dapat menahan kencing, dia sepatutnya meminta bantuan daripada staf di BSI untuk pergi ke tandas awam," katanya ketika dihubungi The Star pada Isnin. Dalam video berdurasi 23 saat itu, seorang individu dipercayai pegawai Imigresen merakam tindakan wanita itu yang baru membuang air kecil di belakang sebuah kaunter yang ditutup untuk kerja-kerja naik taraf. Pegawai Imigresen itu menegur wanita terbabit supaya membersihkan najis yang ditinggalkannya tetapi dia terus memakai seluar dan berkata 'sorry' beberapa kali sebelum berlalu pergi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube