suria

Kemalangan KM310: Kanak-kanak lelaki maut selepas kritikal di hospital

Keadaan kemalangan di KM310 arah Selatan.

SEORANG kanak-kanak lelaki yang dalam keadaan kritikal berikutan kemalangan di KM310 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan berhampiran Tapah, Perak telah meninggal dunia, kata Superintendan Mohamad Nazri Daud.

Ketua Polis Daerah Kampar berkata, Muhammad Fawwaz Nasaruddin, tujuh, meninggal dunia pada Selasa (16 Mei), jam 9.20 pagi.

Mohamad Nazri berkata, kanak-kanak lelaki terbabit dihantar ke Hospital Tapah lebih awal susulan kejadian 2 pagi itu, yang menyaksikan empat ahli keluarganya terbunuh di tempat kejadian.

Terdahulu, ketika kejadian, kereta Proton Saga yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori.

Tragedi itu mengakibatkan Muhammad Azib, bersama adik-beradik mereka Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5, dan ibu Azriyani Abdul Latif, 45, meninggal dunia di tempat kejadian. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain