suria

Gadis kena scam, rugi lebih RM11,000 terpedaya jualan konsol permainan video

Seorang gadis kerugian lebih RM11,000. -gambar hiasan

SEORANG gadis kerugian lebih RM11,000 selepas terpedaya dengan jualan konsol permainan video.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, mangsa yang berusia 20 tahun, membuat laporan polis pada 13 Mei lalu berhubung kejadian.

Mangsa berkata, dia melihat iklan tersebut di TikTok yang menjual konsol permainan video pada harga RM300.

"Pengadu kemudian berurusan dengan seorang ejen jualan dan diminta membuat bayaran sebanyak RM250.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 minit lesap RM30,000! Suami isteri menggigil, rasa nak gugur jantung kena 'scam' servis kemas rumah

"Dia kemudian diminta membayar pelbagai bayaran lain seperti Kastam, insurans dan bayaran pelepasan serta caj penghantaran.

"Pembayaran dibuat secara berperingkat dari 8 Mei hingga 13 Mei, dengan jumlah 13 transaksi dibuat ke dua akaun berbeza berjumlah RM11,500," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain