suria

Awek punk Indonesia nampak insaf selepas dibantu, dibawa ke Malaysia... Kini jual sambal bersama Ebit Lew

Mondy tampil dalam siaran langsung ketika menjual sambal bersama Ebit.

HIDUP seorang ibu tunggal warga Indonesia dilihat berubah sepenuhnya selepas dia dibantu oleh penceramah bebas Ustaz Ebit Lew, baru-baru ini.

Menerusi video tular, wanita dikenali sebagai Mondy itu disantuni oleh Ebit ketika dia sedang tidur beralaskan kotak di tepi jalan di negaranya.

Dia yang mempunyai penuh tatu di wajah, dalam mata dan badannya mula berpakaian menutup aurat selepas dibantu oleh Ebit ketika kunjungannya ke sana.

Selepas seminggu kisah itu tular, Mondy yang sebelum ini berimej 'punk' dilihat tampil menerusi siaran langsung bersama Ebit sambil membuat jualan sambal tempoyak bilis petai.

Menerusi siaran langsung pada Rabu, wanita itu kelihatan tenang ketika duduk bersebelahan Ebit dalam sesi jualan dalam talian.

"Pedas, tapi tak la pedas melampau, tapi pedas la. Memang cukup rasa pedas, masam... Tak terasa petai.

352219193_935656001096518_5644382143615163303_n

Ebit menyantuni Mondy yang tidur beralaskan kotak di tepi jalan.

"Orang yang tak suka makan petai, tiba-tiba akan suka makan petai," ujar Ebit bercerita tentang produk makanan itu.

Mondy pula kelihatan tersenyum sambil memerhatikan Ebit berinteraksi dengan netizen yang menonton siaran berkenaan.

Dalam pada itu, sedutan siaran tersebut turut dimuat naik semula ke aplikasi TikTok sehingga ia menerima pelbagai komen.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira melihat perubahan Mondy selepas dia dibantu oleh Ebit.

Malah, mereka juga berterima kasih kepada Ebit kerana telah memberikan kehidupan yang lebih baik buat wanita berkenaan.

mondy ebit

Mondy kelihatan ceria ketika dia tiba di Malaysia.

"Bertuah adik ni, rezeki tak disangka.

"Allah yang aturkan Ustaz Ebit jumpa Mondy.

"Syukur Mondy bertemu Ustaz Ebit," tulis beberapa netizen.

Mondy dipercayai datang ke Malaysia atas bantuan Ebit yang turut membuat perkongsian tentang kisah hidup wanita itu.

"Rezeki bertemu Mondy ibu tunggal 21 tahun di Jakarta yang menyara anak kecil berumur empat tahun. Dari kecil hidup susah dan dijalanan. Masa kami mula sampai mondy asyik menangis terharu. Dia baru keluar dari rumah sewa tak mampu bayar tidur dijalanan.

"Saya tanya adik nak kerja? Dia kata ada ke orang nak ambil saya kerja? InsyaAllah kami cuba carikan. Katanya asyik menangis cantik baju dan tudung ini. Teringin nak hijrah solat menutup aurat dan menjadi hamba Allah yang baik. InsyaAllah saya nak istiqamah.

"InsyaAllah kami akan bantu beri tempat tinggal dan bantu cari kerja untuknya supaya dapat terus hijrah insyaAllah, tulis Ebit di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain