USAHAWAN dan personaliti media sosial Muhammad Irfan Abdullah dilaporkan meninggal dunia pada petang Rabu. Lebih popular dengan gelaran Sifu Lentik di aplikasi TikTok, usahawan itu dikatakan merahsiakan penyakit dihidapi daripada rakan-rakan sehingga nafas terakhirnya. Berita pemergian itu disahkan oleh beberapa rakan TikToker seperti Haqiem Stopa serta Aizat Abdul Razak melalui media sosial pada Rabu malam. "Al-Fatihah sahabatku. Minta semua tolong sedekah al-Fatihah untuk sahabat kita Sifu Lentik atau Muhammad Irfan Abdullah. Semoga ditempatkan di syurga Allah," tulis Aizat. Dalam posting berlainan, Aizat yang juga seorang jurusolek meluahkan rasa kesal apabila tidak dapat membantu arwah sejak awal. "Saya rasa tak berguna sebab tak dapat jejak keberadaan arwah. Saya ingat dia merajuk dengan saya, sengaja tak nak jumpa. Rupanya sakit kepala dan sakit badan dia tu betul. Netizen luah rasa terkejut dengan berita pemergian mengejut Sifu Lentik. "Mata kabur pun dia dah beberapa kali cakap. Ingatkan dia saja bagi alasan tak nak keluar. Maafkan saya. Saya patut cari Sifu. Kenapa Sifu rahsiakan sakit? "kita kan dah janji kalau sakit beritahu saja, kami datang tengok. Rupanya dah masuk wad daripada 3 Jun. Kita pula, 13 Jun baru dapat jejak Sifu selepas lama sangat diamkan diri," tulisnya lagi. Posting penuh beremosi itu turut dihujani ucapan takziah daripada netizen dan selebriti seperti Zoey Rahman, Datuk Seri Vida, Zarina Zainuddin, Roslan Shah dan Hatta Dolmat. Malah netizen turut meluahkan rasa tidak percaya dengan pemergian itu memandangkan arwah kerap membuat siaran langsung di aplikasi TikTok sebelum ini. "Serius terkejut. Tak tahu dia sakit. "Al-Fatihah, patutlah dah lama tak nampak dia live. "Selalu tengok live dia ceria je," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube