DIKEMASKINI KECOH di media sosial mengenai video menunjukkan seorang wanita yang mendakwa sebagai pegawai kanan polis memaki hamun seorang anggota berpangkat rendah. Meninggikan suara, wanita berkenaan memalukan anggota polis tersebut dengan kata-kata cacian. Menerusi video berdurasi kira-kira 25 saat itu, wanita berkenaan memaklumkan anggota polis tersebut tidak layak menegurnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kau lans koperal la, tak layak cakap dengan aku. Pangkat kau lagi kecil daripada aku la. Cara cakap macam OCPD, kau tak layaklah. "Kau jadi pegawai dululah lans koperal. Lans koperal berlagak macam apa, pangkat dah la rendah," katanya kepada anggota polis tersebut. Anggota lelaki yang berpangkat lans koperal itu bagaimanapun hanya mendengar kata-kata hinaan tanpa melawan. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah medan selera di Gombak, Selangor, pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: "You are all idiots!" - Wanita diheret ke balai selepas maki polis ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang tak tenang, sebak dengar ibu mencarut, maki anak hampir 8 jam dalam bas ekspres! Gadis terpaksa minta polis tegur Difahamkan, insiden berlaku melibatkan kes penyamaran di kawasan berkenaan. Menerima aduan daripada orang awam, pihak polis tersebut melakukan tugas beliau dengan meminta kad pengenalan wanita tersebut. Bagaimanapun, wanita berkenaan bukan sahaja enggan memberi kad pengenalan, malah meminta pihak polis menyatakan kesalahannya sebelum menengking dan menghina anggota polis berpangkat rendah tersebut. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah medan selera. Difahamkan juga satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian. Menerusi perkongsian yang tular, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita berkenaan sekiranya benar dia merupakan pegawai kanan polis. "Adoi, inikah contoh pegawai tinggi? "Jangan lupa setinggi-tinggi mana pun, jatuh juga. Hati-hati ego memusnahkan diri. "Nasib baik polis yang kena maki tu tak melawan balik. "Nasib baik la masa latihan dah diasuh otak tahan maki. Tahniah bro, biasa lah kerja tahan maki. "Tanpa orang bawahan ni kau seorang pegawai tak boleh bekerja dalam satu-satu perkhidmatan," demikian antara komen netizen. Susulan penularan video tersebut, seorang wanita yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan kepada anggota polis dipanggil untuk memberi keterangan. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan penjawat awam itu telah dikenal pasti dan dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. "Siasatan awal mendapati seorang individu didatangi suspek yang bertindak memarahi dirinya kerana mendakwa telah membuat bising berhampiran rumah jiran berhampiran. "Suspek kemudian memperkenalkan diri sebagai penjawat awam itu mengeluarkan nada suara tinggi dan menyatakan ingin menahan individu berkenaan," katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat. Beliau berkata, suspek turut bertindak mengugut hendak memukul individu tersebut selain memarahi beberapa individu lain yang turut berada di lokasi kejadian. Menurutnya lagi, dua kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian. "Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube