suria

Suasana pilu iringi pengebumian jenazah 7 beranak tragedi kepala air

Jenazah tujuh sekeluarga dikebumikan dalam satu kubur. -Gambar Pahang Story

JENAZAH tujuh beranak yang ditemukan mati lemas di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Sabtu lalu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang kira-kira pukul 11.50 malam, Selasa.

Mereka adalah Azizah Eiyi, 40, Karim Abdullah, 39, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya Karim, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.

Dianggarkan lebih 200 ahli keluarga, saudara, rakan serta penduduk Felda Lepar Hilir 3 hadir ke majlis pengebumian terbabit.

Sebelum itu tujuh van jenazah bertolak dari Kuala Terengganu kira-kira pukul 6.30 petang Selasa dengan diiringi kereta peronda polis.

Jenazah tujuh beranak tiba di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 dari Kuala Terengganu, Terengganu pada pukul 10.02 malam.

Setakat ini, mayat seorang lagi anak pasangan itu, Putri Alleya Maisarah, 16 ditemukan pada jam 3 petang Selasa.

Dua yang masih belum ditemui adalah Putri Nor Fatin, 14, dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain