TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Impian seorang gadis dari Sook, Keningau di Sabah untuk bergelar pemain badminton bakal menjadi realiti apabila kisahnya menjadi perhatian ramai. Kisah kehidupan keluarganya yang miskin bukan sahaja meraih perhatian perhatian aktivis kebajikan, Adrian Eddy, malah penyanyi rap, Caprice. Kisah kehidupan Chrisy yang dilaporkan mStar meraih perhatian ramai termasuk Caprice. Diterbangkan dari Sabah ke Kuala Lumpur, remaja berusia 16 tahun yang lebih dikenali sebagai Chrisy dibawa bersiar-siar di sekitar ibu kota termasuk Menara Kembar PETRONAS. "Hari tu anda tag Caprice suruh sponsor. Hari ni kita tunaikan, insya-Allah. Adik kita ni beritahu ini adalah pertama kali sampai Kuala Lumpur. Jadi, hari ni kita bawa dia jalan-jalan," tulis Caprice di laman Instagramnya. View this post on Instagram A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap) Selain dibawa berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dan menikmati hidangan lazat, Chrisy yang ditemani jurulatihnya juga dihadiahkan raket dan aksesori badminton serta kasut sukan. ARTIKEL BERKAITAN: Air mata bakal atlet negara! Remaja miskin berlatih pakai kasut buruk, pinjam raket kawan... Ibu minta lupakan sukan badminton ARTIKEL BERKAITAN: Hebat walau pakai kasut getah RM9! Murid miskin punya bakat bola sepak luar biasa, harap dapat masuk akademi JDT Kejutan demi kejutan menanti anak kedua daripada enam beradik itu apabila dia turut berpeluang berlatih dengan legenda bulu tangkis negara, Tan Boon Heong. "Kita nak ajak kawan yang lagi profesional. Boleh tak dia join? Tapi dia profesional. Boleh main, pasti?" ujar Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli bertanyakan kepada Chrisy. Chrisy bersama jurulatihnya dibawa bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Tanpa rasa gentar, Chrisy tenang menerima pelawaan untuk bermain dengan seorang individu yang rupa-rupanya adalah bekas pemain beregu nombor satu dunia. Wajah Chrisy jelas terkejut sebaik melihat Boon Heong memasuki ke gelanggang badminton sehingga jurulatihnya tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata. "Jurulatih, jangan menangis... jangan menangis," kata Caprice menerusi video berasingan yang menyaksikan isterinya, Farra Innalis cuba menenangkan jurulatih berkenaan. Bukan sahaja berlatih badminton bersama, malah Chrisy berpeluang menerima tunjuk ajar dan panduan serta kata-kata semangat daripada Boon Heong untuk berjaya dalam sukan badminton. Chrisy dihadiahkan raket dan kasut serta aksesori badminton. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terharu menyaksikan momen keemasan remaja itu bertemu dengan Boon Heong, figura yang bukan calang-calang dalam sukan badminton. "Aku pula yang sedih... sedih sebab gembira untuk dia. Moga impian adik ni tercapai. Muda lagi, siapa tahu dia akan menjadi pemain perseorangan wanita mewakili Malaysia. "Adik Chrisy sangat-sangat beruntung. Semoga tercapai cita-citanya untuk mengharumkan nama negara. "Sekali Caprice import legenda terus," demikian antara komen netizen. Terdahulu, kisah kehidupan Chrisy yang dilaporkan mStar meraih perhatian Caprice. Sebelum ini, remaja itu hanya mempunyai satu raket badminton yang dibeli menggunakan wang bantuan persekolahan, kira-kira empat tahun lalu. Chrisy (kanan) berlatih bersama Boon Heong. Menurut jurulatihnya, Chrisy berbakat besar, namun keluarganya tidak mampu untuk menampung minatnya dalam sukan badminton. "Chrisy merupakan wakil daerah untuk sukan badminton. Tahun ini juga dia akan menyertai acara sukan negeri. Tapi kasut yang dipakainya sudah rosak, koyak di bahagian kiri dan kanan. "Dia hanya ada raket lama. Sekarang hanya pinjam raket kawan-kawan. Sampai satu tahap, ibunya hampir minta Chrisy berhenti main badminton sebab tak mampu beli peralatan sukan. "Ayahnya hanya pembantu tukang masak, ibu hanya suri rumah," cerita Edy yang turut menghadiahkan kasut, raket dan pakaian kepada remaja berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube