suria

Minah rempit tak sayang nyawa, meniarap buat aksi ‘superwomen’ atas highway... Rambut menggerbang, tudung berkibar buat ramai seram

Aksi minah rempit yang tular dalam satu video baru-baru ini. -Gambar media sosial

LAGAK aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal di sebuah lebuh raya sebagaimana yang tular di media sosial, mengundang kecaman warga maya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook, kelihatan penunggang-penunggang motosikal berkenaan menunggang secara berbahaya di mana ada antara mereka mempamerkan aksi seperti 'superman'.

Tidak hanya menunggang dengan laju, mereka juga dilihat menukar lorong sesuka hati yang secara jelasnya boleh menyebabkan kecelakaan.

Difahamkan, penunggang-penunggang motosikal berkenaan adalah wanita berdasarkan pakaian serta hijab yang berterbangan di sebalik topi keledar.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah buat aksi 'Superman' dan langgar lampu merah, mat rempit maut di tempat kejadian

Malah, kapsyen yang dikongsikan oleh pemilik video juga turut mengesahkannya.

"Minah rempit in action,"tulisnya pada video berkenaan.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut yang dikongsikan mengenai lokasi mahupun waktu video tersebut dirakam.

Video berkenaan turut dikongsikan di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini dan laman Twitter @mynewshub.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya melontarkan kecaman kerana kumpulan penunggang berkenaan boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya yang lain.

"Betul ke mata aku tengok yang terkibar-kibar tu kain tudung? Real punya superwomen.

"Ini ke nanti hantaran kahwin RM20,000?

"Rider perempuan lagi menakutkan daripada driver perempuan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain