suria

Tunggu tudung bawal batu tak sampai-sampai, pelanggan buat aduan KPDN - “Seller dah gelabah, terus dia pos semua”

Noraini mendakwa dirinya dianiaya oleh seorang peniaga TikTok.

SEORANG wanita tular di Facebook selepas dia mendedahkan kisah seorang peniaga dalam talian yang menganiaya pelanggan.

Menurut Aini Norani, dia dilayan acuh tak acuh selepas peniaga tersebut menghantar item yang salah kepadanya, baru-baru ini.

"Beli tudung bawal batu lima helai di TikTok live. Apabila sampai, tudung bawal tak ada batu. Harga pula berbeza.

"Chat dengan seller kat chat TikTok. Seller beritahu nak pos semula tudung bawal batu. Seminggu tunggu, barang tak sampai juga. Minta nombor tracking, macam-macam alasan," ujarnya.

Enggan membiarkan diri dibuli peniaga tersebut, Noraini kemudiannya membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

tudung2

Tudung yang dibeli Noraini menerusi TikTok.

Jelasnya, tindakan itu ternyata membuahkan hasil apabila peniaga tersebut terus mengirim semula item asal yang dibelinya tempoh hari.

"Apabila dah penat, terus buat aduan kat KPDN. Pantas tindakan KPDN. Apabila maklumat lengkap, esoknya KPDN terus call tanya cerita semua. KPDN buka kertas siasatan dan call seller untuk selesaikan masalah segera sebelum kena saman.

"Seller dah gelabah kena call dengan pegawai KPDN, terus dia pos semula semua tudung batu tu. Siap bagi nombor tracking seller. Pegawai KPDN ajar, kalau seller tak pos semula tudung tu, beritahu je KPDN akan proceed dengan saman. Terus seller call minta maaf.

"Dia kata parcel hilang dan macam-macam la alasan dia. Apabila ditanya, tudung yang tak ada batu ni nak pos ke macam mana, dia kata ambil je la. Sekarang ni ada 10 helai tudung, rezeki Allah. Tula, lain kali jangan main-main dengan buyer lagi-lagi dengan nama Noraini," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain