TINDAKAN empat wanita yang memperlekehkan kesalahan tatabahasa bahasa Inggeris seorang lelaki dipercayai bekas kekasih kepada salah seorang daripada mereka mengundang kecaman netizen. Belum reda video tular yang memaparkan salah seorang daripada mereka membaca kiriman mesej perpisahan itu dalam nada mengejek, seorang wanita tampil memberi penjelasan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi tangkap layar mesej secara langsung (DM) yang dikongsi di satu akaun Twitter, wanita berkenaan meminta supaya video tersebut dipadamkan. "Dah boleh padam kot video ni. Saya pun dah padam video ni. Tak ada beza pun saya dengan awak sebarkan kebencian macam ni. "Cerita sebelum (mengenai) dia pun awak tak tahu," tulis seorang wanita, dipercayai bekas kekasih kepada lelaki yang dihina kesalahan tatabahasa itu. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda hantar mesej buat ex-GF, 4 sekawan 'terpaling pandai English' ketawa berdekah sebab grammar berterabur... Geli lelaki bodoh Wanita itu mendakwa lelaki berkenaan sudah banyak kali bersikap curang dan membohonginya. "Dia dah beribu kali tipu dan curang dengan saya. Saya sendiri yang post, kawan saya pula yang kena. Tolong eh, terima kasih," ujarnya. Mesej daripada seorang wanita dipercayai bekas kekasih kepada lelaki yang diperlekehkan kesalahan tatabahasa. Malah, rakan wanita itu turut menghantar mesej bagi menjelaskan alasan mereka bertindak mengejek pemuda itu sebagaimana dalam video yang tular. "Ex boyfriend kawan saya sebenarnya dah curang banyak kali. Sebab itu respons kami sarkastik. Kami akui kesalahan kami. "Saya ingat video tu hanya untuk simpanan kawan saya, jadi maafkan kami atas video tersebut," katanya. Susulan penghantaran mesej berkenaan, satu ciapan di laman Twitter muncul, mempersoalkan tujuan video tersebut dirakam dan dimuat naik untuk tatapan awam. "Daripada cara penulisan, macam tak nampak penyesalan tu. Siap cuba 'gaslight' orang lain pula," katanya, merujuk kepada satu tindakan manipulasi atau paksaan untuk mempercayai sesuatu perkara tanpa sedar. "Masa views dah 65,000 dah dua hari dekat TikTok tak fikir pun pasal perasaan. "Pasal punca tu, tak ada pun sebut dalam video. Jadi, macam mana orang nak tahu?" demikian ciapan @Cikgu_Anep sambil mengakui setiap manusia melakukan kesilapan. Salah seorang rakan wanita berkenaan turut memberi penjelasan. Terdahulu, tular video seorang wanita membaca dengan kuat mesej yang ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris sebelum disambut dengan gelak tawa rakan-rakan lain yang sedang duduk di dalam sebuah kereta. "Weh korang, kalau korang break up kan, make sure English korang yang korang hantar kan, betul tau, sebab kawan-kawan dia bukan bodoh tau, kawan-kawan dia pandai tau. Kita baca sama-sama. "Pertama sekali I nak minta maaf sangat for everything I made it. I made it! Bukan. I have made. We can be a friend. Tak payah. We can be friend cukup. "No worries if you want to make a friend... bukan! No worries if you want to be friend with me. You can text or call me like usual. Wah, you want want aaa," ujar wanita itu. Sambil disambut dengan gelak tawa rakan-rakannya, wanita itu turut menyatakan rasa geli terhadap lelaki yang bodoh pada penghujung video. "Itu je la sebab geli sikit dengan lelaki bodoh. Jangan bodoh," ujar kumpulan wanita itu lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube