suria

Mat Bangla asyik pandang-pandang dengan wajah ‘creepy’, wanita menggigil ketakutan dalam bas

Seorang wanita berkongsi detik cemasa diganggu seorang penumpang lelaki.

PERJALANAN jauh dengan menaiki bas pasti menyeronokkan, namun tidak bagi seorang wanita yang berdepan detik cemas diganggu seorang penumpang lelaki warga asing.

Dakwa wanita itu, lelaki berkenaan mengganggunya sepanjang perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur ke Terengganu.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, wanita itu mendakwa penumpang berkenaan yang berada di tempat duduk di bahagian hadapan kerap menoleh belakang dan memandangnya.

Tindakan lelaki tersebut jelas membuatkan dia berasa sangat tidak selesa.

Kejadian berlaku dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu.

"Masa naik bas dah perasan seorang mamat ini dia pandang-pandang, bukan (pandangan) biasa tapi creepy (menyeramkan). Dia dah banyak kali pandang masa saya main telefon.

"Bayangkanlah dari TBS ke Mentakab, Pahang setiap 10 hingga 15 minit sekali dia akan toleh belakang pandang lepas tu senyum-senyum. Kau rasa?" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gila seks ligat meraba dalam bas, siap ramas-ramas! Wanita sempat rakam, mengadu pada pemandu

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - "Penumpang lain hanya tengok 'drama' saja"

Memerhatikan gelagat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan, dia kemudian bertindak untuk membuat rakaman menggunakan telefon bimbit.

"Saya rakam ni mana tahu boleh jadi bukti sekiranya orang tak percaya apa yang saya cakap atau rasa saya cuma mengada atau perasan," ujarnya.

Mengimbas kembali kejadian itu, dia yang berada di tempat duduk di bahagian belakang mengakui berdebar sehingga menggigil berada di dalam bas.

"Masa dia pusing tu saya terus menggigil dan berhenti rakam sebab takut dia nampak," kata wanita itu.

Mengulas lanjut, dia bagaimanapun mengadu mengenai perkara tersebut kepada pemandu bas.

"Saya dah lapor dekat pemandu bas ni dan dia suruh tular tempat duduk dan saya pun dah selamat sampai rumah.

"Cuma nak pesan kepada gadis di luar sana supaya lebih berhati-hati terutama apabila seorang," katanya lagi.

Antara komen netizen.

Setakat ini, video yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih 2.4 juta tontonan.

Di ruang komen, ramai turut berkongsi pernah berdepan pengalaman hampir sama apabila diganggu penumpang lain di dalam bas.

"Pernah kena sampai terpaksa buat-buat berani tapi dalam ni takut gila.

"Saya pernah hadap benda ni tapi masa tu pemandu bas yang perasan dulu. Dia panggil saya duduk kat depan sekali, kebetulan masa tu ada tempat duduk kosong depan tu.

"Aku terus tegur kalau begini, Kenapa, boleh saya bantu? Kalau dia tak cakap apa-apa, aku balas Jadi dah kenapa tengok orang macam tu? Banyak kali kena dekat aku," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain