suria

Rider ‘cekup’ pelanggan senyap-senyap turun ambil makanan lepas batal pesanan... Tak bagi muka jenis nak makan sedap tapi percuma

Seorang penghantar makanan membongkar taktik kotor pelanggan demi makanan percuma.

SENARIO pelanggan membatalkan tempahan gara-gara pesanan lambat siap merupakan antara cabaran dan ujian yang dihadapi pekerja servis penghantaran.

Sudahlah kena 'sidai' dengan restoran, rider pula perlu mengeluarkan wang sendiri bagi membayar tempahan makanan apabila pelanggan yang memilih kaedah bayaran semasa penghantaran (COD) membatalkan pesanan secara tiba-tiba.

Namun lain pula yang berlaku pada seorang penghantar makanan ini apabila seorang pelanggannya sengaja membatalkan tempahan demi mendapatkan makanan 'percuma'.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Puchong, Selangor, pemuda dikenali sebagai Amirol bersemuka dengan seorang pelanggan wanita.

Modus operandinya adalah pelanggan yang tinggal di kediaman bertingkat seperti kondominium akan memberi arahan supaya penghantar makanan meninggalkan makanan di lobi.

2181040_

Seorang pelanggan didakwa membatalkan pesanan tetapi mengambil tempahan yang dibatal di lobi.

Bagaimanapun, pelanggan kemudian membatalkan tempahan sebaik penghantar makanan beredar dan tetap akan mengambil pesanan yang 'dibatalkan' tadi.

"Apabila you suruh rider letak sini (lobi), lepas itu rider sudah letak dan jalan (beredar), you batal order. Kami yang akan 'digantung' (denda) tiga hari, tak boleh cari makan.

"Kalau you dah canceled, you tak boleh ambil makanan tu. Tadi order pertama you sudah canceled, makanan pun rider sudah angkat.

"Order ini pun you sudah canceled, tapi you turun bawah untuk ambil makanan ni. Saya tunggu you tadi, saya tunggu you turun ke bawah," katanya menegur taktik licik pelanggan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan lambat siap, pelanggan selamba cancel! Rider kata mereka pun kena 'sidai', jangan marah suka hati

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang dengan aplikasi! Kedai tutup tapi tak boleh batal order... Pelanggan berlapar sepanjang malam, masa 4 rider terbuang

Sementara itu Amirol yang sempat merakamkan video perbualan antara mereka turut mendakwa ia bukan kejadian pertama kali dilakukan pelanggan wanita itu.

Dakwanya lagi, pada hari berkenaan sahaja dia sudah cuba menipu sebanyak tiga kali.

"Ini (makanan) canceled, saya makan. Bukan you makan tau sebab itu barang sudah refund.

"Hari ini sudah tiga kali you canceled. Tadi kali pertama pagi, barang lain. Ini makanan daripada kedai sama termasuk yang saya hantar, you canceled.

"Nombor telefon you pun tak boleh call, nombor rumah you tak letak. You cakap ada dekat luar dan suruh saya letak dekat bawah sebab you kat luar, tapi sebenarnya you dekat atas (rumah)," katanya yang bersembunyi di belakang tiang bagi menjejaki pelanggan yang menipu itu.

You jangan buat macam ni, kami cari makan... kalau you mahu makan, order betul-betul.

AMIROL

Jelas Amirol, perbuatan pelanggan yang membatalkan pesanan tanpa alasan kukuh akan menyebabkan tugas mereka 'digantung' selama beberapa hari sekali gus menyekat peluang untuk mencari rezeki.

Penghantar makanan tersebut kemudian memberi amaran untuk membuat laporan polis, namun wanita berkenaan meminta supaya tidak berbuat demikian.

"You jangan buat macam ni, kami cari makan. Kalau you mahu makan, you order betul-betul.

"Selepas ini kalau saya dapat (tangkap) you lagi, saya lapor pada polis. You janji jangan buat lagi ya," katanya.

Antara komen netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan taktik yang dilakukan wanita yang bukan sahaja menyusahkan penghantar makanan, malah menyekat peluang mereka mencari rezeki.

"Dah lama dia buat kerja tu, makan percuma tiap-tiap hari.

"Baru dia tahu langit tu tak selalu cerah. Kali ni dia silap percaturan," demikian antara komen netizen.

Selain itu, segelintir netizen turut memuji penghantar penghantar makanan berkenaan kerana bersikap profesional meskipun ditipu pelanggan.

"Bro, kamu seorang profesional untuk mengendalikan dia. Kamu penyabar, kagum.

"Manusia yang hebat. Bukan daripada kekuatan tapi sikap pemaaf dan memberi pengajaran bukan hukuman. Ya Allah, murahkan rezeki dia," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain