suria

Dapat suami baharu, ibu ‘buang’ darah daging sendiri! Tak peduli anak perempuan lari cari tempat berlindung - “Dasar kebulur jantan”

Kanak-kanak malang ini didakwa dibuang ibu kandungnya sendiri. -Gambar Facebook Herman Sudil

LAZIMNYA kita mendengar ungkapan seorang ibu pasti sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak.

Namun berlainan pula dengan kisah yang dikongsikan seorang individu di Facebook, baru-baru ini.

Dalam hantaran individu bernama Herman Sudil pada Ahad, seorang ibu didakwa tergamak membuang darah daging sendiri hanya kerana suami baharunya enggan menerima anak perempuannya itu.

"Budak perempuan 11 tahun emak buang tak nak jaga sebab suami baru yang tak sampai setahun kahwin tak nak anak ini. Bapa tiri kata anak ini 'masalah'.

"Tolonglah jadi emak jangan 'kebulur jantan' sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah," kongsinya dalam hantaran berkenaan.

Menurut individu tersebut yang merupakan pengurus dan perawat di sebuah rumah perlindungan Terapi bil Quran (TBQ), kanak-kanak perempuan berkenaan lari mencari perlindungan di rumah guru wanita kerana enggan serumah dengan bapa tirinya.

tbq amal

Sebahagian daripada kanak-kanak di TBQ Amal. -Gambar Facebook TBQ Amal

"Ada sebab mengapa anak perempuan ini tak nak duduk dengan bapa tiri dia.

"Sanggup tunggu emak balik kerja 11 malam, kelaparan daripada balik sekolah tengah hari dan tunggu di luar sebab tak nak ada serumah dengan bapa tiri.

"Kalau lari rumah tak nak balik, (dia) pergi rumah cikgu sekolah wanita, bukan lepak dengan kawan.

"Emak tak boleh fikir ke mungkin ada sesuatu yang menyebabkan anak itu tak nak duduk serumah dengan bapa tiri tanpa kehadiran emak?" luahnya dalam nada berbaur geram.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dakwa ‘dibuang’ 9 anak, menantu bersuara sikap sebenar ibu mentuanya... pusat jagaan respons tak sokong tindakan buka aib mak ayah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak turunkan ibu di kedai bersama beg baju, alasannya nak pergi basuh kereta... esoknya dipanggil ke balai!

Disebabkan tindakan tidak berperikemanusiaan si ibu, tambah individu tersebut, kanak-kanak perempuan berkenaan kini sedang dalam proses untuk dibawa ke rumah perlindungan TBQ.

Lebih menyedihkan, ujarnya, wanita tersebut juga seakan-akan tidak menyesali tindakannya itu.

Allahuakbar... kenapa kau lahir daripada rahim yang salah, orang lain berkejar nak anak..

NETIZEN

"Pengurus wanita kami tengah uruskan dekat balai polis untuk ambil budak ini duduk di rumah perlindungan kanak-kanak TBQ Amal dan emak dia rela hati sign apa-apa dokumen untuk serahkan anak dia.

"Tolonglah jadi orang tua pertahankan anak. Jangan pandai buat anak tetapi bodoh menjaga anak. Jangan sedap nak kahwin aje tetapi bodoh nak pertahankan anak.

"Minta maaf kalau posting kali ini kasar sedikit tetapi tak boleh 'brain' dengan perangai emak-emak yang bodoh!

"Saya yakin anak ini ada rezekinya yang Allah dah tetapkan dan insya-Allah tak akan miskin kita apabila jaga anak," kongsinya lagi.

ANAK 2

Rata-rata warga maya mengecam tindakan wanita tersebut yang didakwa tergamak membuang darah daging sendiri.

Sehingga kini, hantaran individu tersebut meraih lebih 7,000 shares di laman Facebook.

Menjengah komen netizen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa marah dengan tindakan wanita berkenaan malah ada juga yang menawarkan untuk menjaga kanak-kanak malang tersebut.

"Pantang betul dah jadi mak-mak tapi tak ada sifat keibuan. Memang dasar kebulur jantan.

"Apa syarat untuk ambil anak ini sebagai anak angkat ye? Boleh jadikan kawan dengan anak perempuan saya umur 10 tahun. Anak saya pun tak ada kawan dekat rumah.

"Allahuakbar. Tak terkata apa dah. Kenapa kau lahir daripada rahim yang salah. Orang lain berkejar nak anak... sedih," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain