ADAT berumah tangga, menghargai pasangan adalah kunci keharmonian agar hubungan yang terjalin kekal sampai ke syurga. Ini kerana amalan puji memuji akan meninggalkan aura positif terhadap pasangan masing-masing. Seperti satu video tular di media sosial, ramai yang turut teruja melihat keletah seorang suami terpegun menatap isterinya memakai jubah abaya baharu berwarna putih. Tangkap layar daripada video tular di TikTok. Video itu dirakam dan dikongsikan anak mereka di TikTok menggunakan akaun @jazleenaa001. Jelas kelihatan aksi spontan si suami yang tiba-tiba 'lemah lutut' dah jatuh ke lantai tatkala melihat isterinya menggayakan abaya baharu. ARTIKEL BERKAITAN: Manis bertudung, tapi ramai salah sangka identitinya... wanita ini minta doakan yang baik-baik - “Bila tiba Hari Raya, saya terlebih teruja nak sambut“ ARTIKEL BERKAITAN: Mak abah main kahwin-kahwin, bahagia dapat melaram songket hijau... Anak buka rahsia siapa paling teruja masuk butik pengantin “Kenapa awak jatuh,” tanya wanita berkenaan kepada suaminya. Tidak peduli untuk menjawab soalan isteri, lelaki berkenaan kemudiannya terus duduk melutut sambil meletakkan kedua-dua tangan di dahi seperti menghadap sembah seorang ratu atau kerabat diraja. Dalam video sama, si suami turut menyamakan isterinya seperti seorang wanita berbangsa Arab sambil melompat-lompa tanda kegembiraan Wanita ini sekali lagi menunjukkan abaya baharu yang dibeli. Ketika itu tidak lekang di bibir si suami memuji isterinya berkali-kali. “Awak nampak macam salah seorang dalam movie Arab... wah sangat cantik. “Dengan memakai pakaian tu awak kena menyanyi,” seloroh si suami. Melihat keletah suami sendiri, wanita itu secara tidak sengaja menyentuh suaminya yang sudah mengambil wujuk untuk bersolat. Kalau bakal suami saya tak macam ni, saya nak pulangkan semula. NETIZEN “Saya dalam keadaan berwuduk la... sekarang dah kena ambil air wuduk semula,” ujarnya lagi. Setelah menerima pujian, wanita ini sekali lagi tampil di hadapan suami dengan jubah abaya berwarna merah jambu, seolah-olah menanti pujian daripada suami. Hingga kini video kemesraan dan romantis pasangan itu mencecah lebih 370,000 jumlah tontonan di TikTok. Komen netizen di TikTok. Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat suami wanita itu. Malah, ada yang teringin memiliki lelaki yang dikatakan sweet setelah melihat caranya melayan isteri dengan baik. “Saya suka ayah awak, harap bakal suami nanti macam ni la. “Doakan dia (kekasih sendiri) macam ni apabila kami sudah tua kelak. “Kalau bakal suami saya tak macam ni, saya nak pulangkan semula,” komen netizen berseloroh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube