SETELAH sekian lama netizen berteka-teki tentang kesahihan rancangan perkahwinan pasangan mak nyah dan pengkid ini, akhirnya segala tanda tanya sudah terjawab. Adam, 40, dan pasangannya Nurazearah Fateha, 22, selamat diijabkabulkan pada Sabtu, 15 Julai dalam majlis penuh istimewa di Ulu Remis di Kluang, Johor. Ketika dihubungi mStar, Adam atau mesra dikenali sebagai Danny berkata dia dan Nurazearah sah bergelar suami isteri dengan lima kali lafaz gara-gara gementar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Danny menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin emas kepada Nurazearah atau Yan namun wang hantaran dirahsiakan. Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah di rumah pengantin perempuan terletak di Kampung Layang Layang. Bercerita tentang hari bahagianya itu, Danny berkata pada majlis itu dia turut memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh. Persandingan berlangsung di rumah Yan di kampung Layang Layang, Johor. “Sepatutnya segala urusan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan. Tapi saya dan Yan baru je kenal lima hari terus nak kahwin, jadi masa memang singkat. “Tapi saya bersyukur setelah lebih kurang sebulan setengah berkenalan dan melakukan persiapan, kami berdua akhirnya disatukan juga. "Saya dan Yan sangat lega dengan ketentuan Allah ini apabila majlis perkahwinan berlangsung dengan baik,” ujar Danny yang mengusahakan bisnes salun rambut di Ampang, Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: Pengkid cantik bikin mak nyah angau, nak kahwin lepas 5 hari berkenalan... Restoran Arab jadi asbab naluri songsang berubah ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh mak nyah acah teraniaya diminta keluar dari tandas perempuan, muslimah jangan lupa aurat dengan wanita bukan muslim pun kena jaga Ujar Danny lagi, gara-gara terlalu terburu-buru mengumumkan di media sosial untuk berkahwin, dia dan isteri terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan halangan. Antaranya ialah tohmahan yang mendakwa rancangan perkahwinan antara dia sebagai bekas mak nyah dan Yan seorang pengkid ini hanyalah sekadar content media sosial semata-mata. “Kedua-dua belah keluarga sebelum ini memang terkejut besar apabila kami beritahu nak berkahwin. Pasangan ini berkahwin pada 15 Julai lalu. “Walaupun pada mulanya saya sendiri tak pasti, tapi semua itu rahsia Allah. Siapa sangka selama ni memang saya tak ada niat nak kahwin tapi Allah jentik hati supaya memiliki kehidupan lebih sempurna dengan alam berumah tangga. “Bagi kami berdua sebenarnya keputusan untuk disatukan ini sudah cukup menunjukkan cinta sejati kami yang sebenar dan bukan sekadar content,” katanya. Bercerita lanjut tentang fasa baharu dalam hidupnya, Danny berkata dia dan isteri masing-masing masih sedang membiasakan diri. Setiap pasangan mengimpikan cahaya mata, tapi setakat ini kami masih merancang. ADAM Cerita Danny, dia bersyukur apabila kini dia boleh solat berjemaah bersama-sama dengan Yan setelah sah bergelar isteri. Mengulas lanjut mengenai nafsunya sebelum ini yang lebih cenderung meminati lelaki, anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan itu berharap perkahwinannya menjadi bukti mengenai keinginannya untuk berubah menjadi lebih baik. “Kami menginginkan satu kehidupan normal sebagai suami isteri. Saya kini menjadi seorang yang lebih kepada lelaki dan Yan pun sama... banyak berubah menjadi lebih wanita. Danny dan Yan hanya berkenalan selama lima hari sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. "Jadi saya tak faham juga macam mana boleh timbulnya tuduhan mengatakan saya cuba buat publisiti murahan sedangkan saya bukan berniaga online yang kena buat marketing. Saya kongsikan kehidupan saja. “Sejujurnya memang rasa malu untuk tidur bersama sebab ini pertama kali tidur dengan wanita yang saya cintai. Tapi saya rasa selesa dengan Yan... orang yang berkahwin akan fahamlah,” ujar Danny lagi. Ketika ditanya mengenai rancangan untuk berbulan madunya, Danny dan Yan memilih Pulau Perhentian di Terengganu sebagai destinasi bercuti pada 18 Julai nanti. Selain itu kata Danny dia akan berusaha lebih keras lagi untuk bekerja memandangkan komitmen kehidupannya kini sudah bertambah setelah berkahwin. Pasangan ini merancang untuk memiliki seorang cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka. Sebagaimana impian pasangan lain, dia juga merancang untuk memiliki cahaya mata kelak bersama Yan. “Setiap pasangan mengimpikan cahaya mata setelah berkahwin. Itulah tanda cinta mereka setelah berumah tangga. Setakat ini kami masih merancang. “Cuma rezeki tu bergantung pada masa. Orang kata... kalau Allah nak ‘bagi’ awal, maka awallah kami dapat menimang cahaya mata. Kalau lambat pun saya terima saja, tak kisah. “Memang kami nak anak bersama dan setakat ini perancangan kami ingin memiliki seorang cahaya mata saja memandangkan ekonomi merosot sekarang. Tapi kita tak tahu kan seandainya Allah nak bagi rezeki lebih kami terima,” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube