KALAU sudah jodoh, siapalah kita sebagai manusia mampu menghalang ketentuan Yang Maha Esa. Begitulah juga dengan kisah pasangan ini yang mana hubungan mereka bermula sebagai pelajar dan pensyarah, akhirnya berubah menjadi suami isteri. Sama sekali tidak pernah terlintas di dalam kepala untuk bercinta dengan pensyarah sendiri, wanita bernama Nurul Medina berkata, bibit cinta antara dia dan suami bermula ketika berada di semester keenam pengajian. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej swasta di Sungai Petani, Kedah dalam jurusan kesetiausahaan pada 2011. Suami saya, Muhammad Fairuz pula pensyarah untuk subjek grafik. "Dipendekkan cerita, ketika saya berada di semester empat, suami mengajar kelas saya untuk subjek grafik. Dalam masa yang sama, saya aktif untuk satu kelab dan kebetulan, suami yang handle kelab tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu guru, kini dah jadi orang rumah! Beza 25 tahun, isteri banyak kali tanya soal usia... hairan kenapa suami tak pilih yang muda - “Keluarga kata perkara baik elok dipercepatkan” ARTIKEL BERKAITAN: Selalu cakap ‘tak nak orang jauh’, akhirnya jiran jadi jodoh! Bukan saja rumah dekat, nama dan tarikh lahir pun hampir sama "Namun ketika itu, hubungan kami tak rapat pun... sekadar pensyarah dengan pelajar saja. Tapi tanpa saya tahu, suami dah mula 'usha'. "Dia akhirnya meluahkan perasaan untuk memperisterikan saya dan ketika saya di semester enam iaitu pada 23 Mac 2013, kami sah diijabkabulkan sebagai suami isteri," ujar wanita berusia 30 tahun ini. Nurul Medina (berdiri, tengah) aktif dalam aktiviti outdoor ketika di kolej di mana suaminya turut terlibat sama. Berkongsi cerita lebih lanjut, Nurul Medina berkata keluarga daripada kedua-dua belah pihak tidak mempunyai halangan ketika mereka mengambil keputusan untuk berkahwin biarpun ketika itu dia masih muda dan belum menamatkan pengajian. "Cuma saya sendiri yang rasa bimbang dengan penerimaan orang sebab berkahwin muda. Ketika itu saya berusia 19 tahun. Untuk ambil hati mentua, saya hanya menjadi diri sendiri, banyakkan bersembang... Alhamdulillah saya dikurniakan mak mentua yang baik. "Kawan-kawan sekuliah pun tak sangka hubungan kami akhirnya ke jenjang pelamin sebab sebelum tu, mereka fikir hubungan ini takkan kekal lama," ujarnya yang merupakan seorang ejen hartanah. Untuk ambil hati mentua, saya hanya menjadi diri sendiri... banyakkan bersembang. NURUL MEDINA Sementara itu, berkongsi serba sedikit kisah ketika melamar isterinya, Muhammad Fairuz, 40, berkata dia memberanikan diri untuk menyunting wanita itu sebagai suri hati kerana yakin ia adalah pilihan yang tepat. "Sebenarnya ada juga rasa macam 'tak apa ke sebab dia muda sangat'. Tapi saya fikir niat saya baik. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. "Apa yang membuatkan saya terpikat adalah kerana kecomelan wajahnya. Orang kata, dari mata turun ke hati," ujarnya yang kini bergelar pensyarah di sebuah kolej di Ipoh, Perak. Pasangan ini diijabkabulkan pada 2013. Pasangan ini yang kini sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan empat orang cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Mereka juga mengusahakan bisnes coklat homemade, Choco Locos, yang dibuat sendiri sejak Februari lalu sebagai pendapatan sampingan. Tidak menyangka perkongsian video mereka menjadi tular, Nurul Medina dan suaminya terharu kerana menerima komen positif daripada netizen malah ramai turut mendoakan rumah tangga mereka. Nurul Medina dan suami mengusahakan bisnes coklat homemade sebagai pendapatan sampingan. "Bagi yang mungkin sedang melalui kisah percintaan seperti kami, apa yang saya boleh katakan, sungguhpun bercinta dengan pensyarah sendiri tapi utamakan pelajaran. "Di samping itu, jangan jadikan kedudukannya sebagai batu loncatan untuk kepentingan sendiri. Buktikan apa yang anda buat adalah hasil usaha sendiri. "Untuk yang bertemu jodoh usia muda pula, kuatkan mental untuk mendepani cabaran dan dugaan. Jika ada isu, selesaikan bersama-sama secara matang," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube