suria

Rider biadab campak rezeki, tendang makanan pelanggan... Bengang kena tegur - “Aku ni letak atas alas kaki dalam kereta pun tak pernah”

Seorang rider bertindak mencampak dan menendang bungkusan makanan pelanggan.

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki mencampak bungkusan makanan sebelum menendangnya sehingga ke luar kedai tular di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, lelaki terbabit yang memakai baju hitam mengejutkan orang awam dengan tindakan biadabnya di sebuah kedai makan, dalam kejadian yang tidak diketahui lokasi.

"Tak ada mood nak kerja, off (matikan) je aplikasi tu.

"Tak payah nak sepak-sepak makanan macam tak ada otak.

Seorang rider bertindak tidak sopan dengan mencampak dan menyepak makanan dipesan pelanggan. -Gambar hiasan

"Nanti kena banned (sekat) kau juga meraban," tulis pemilik akaun Malaysia Most Viral dalam ciapan asalnya.

Lelaki yang melakukan perbuatan tidak menyenangkan itu ditegur oleh seorang pemuda yang berada di kaunter dipercayai pekerja atau majikan di restoran tersebut.

Dia kemudiannya mengambil semula makanan itu sebelum dimasukkan ke dalam beg kotal yang digunakan rider untuk mengisi makanan.

"Abang, apa fasal? Campak-campak makanan ni kenapa?

"Tak... kenapa sepak makanan? Kenapa baling makanan (dijual) saya?" tegur pemuda tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang botak maki-maki terus ‘makan penumbuk’! Kecoh rider, isteri dibelasah ‘berjemaah’... siap makcik bawa mikrofon

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang tu dah gian lama” - Rider berhenti tepi ajar lelaki teknik memancing, niat baik sampai ‘sidai’ pelanggan 30 minit

Bagaimanapun pertanyaan pemuda itu dijawab dengan kasar oleh rider terbabit seperti mana dapat dilihat dalam rakaman susulan yang dimuat naik oleh individu lain.

Namun, audio perbualan mereka tidak begitu jelas dalam rakaman tular tersebut.

Susulan kejadian, warga maya menghentam tindakan rider tersebut.

Sudah tahu tak ada duit carilah rezeki baik-baik. Ini tidak... Rezeki dibuat macam tu.

NETIZEN

"Rezeki kot bang. Aku ni beli makanan, nak letak dekat alas kaki dalam kereta pun tak pernah sebab hormat rezeki Allah bagi. Selalu letak atas tempat duduk kereta. Jaga macam penumpang.

"Tiga kali rezeki tu bang kau sepak. Punca rezeki, rezeki orang makan dan rezeki orang kedai.

Komen netizen di Twitter.

"Sudah tahu tak ada duit carilah rezeki baik-baik. Ini tidak... Rezeki dibuat macam tu. Nanti miskin tak ada kerja, memekak. Inilah jenis manusia tak reti bersyukur.

"Orang b**** macam inilah buat rider-rider semua membangau (istilah rider/pemandu e-hailing menunggu dalam tempoh yang lama). Bila tak ada order bising macam a****g. Sudah dapat order buat perangai b**i. Baranlah aku," komen netizen di Twitter.

Respons Grab Malaysia terhadap isu tersebut.

Malah, ada juga netizen yang membuat laporan terhadap pihak pengurusan Grab Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

"Hi A***f, Mohon berikan butiran rider (sekiranya ada atau tahu) di Direct Message untuk kami lakukan semakan lanjut. Terima kasih," tulis GrabMy, membalas komen pelayar di Twitter.

Walau apa jua sekali alasan rider tersebut, tindakan mencampak dan menendang makanan pelanggan tidak sepatutnya berlaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain