suria

Salahuddin selamat dikebumikan... Anak lelaki, Anwar sempat imamkan solat jenazah

Perdana Menteri mengimamkan jenazah jam 11 pagi pada Isnin.

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor sekitar jam 12 tengah hari pada Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato Haji Noh Gadut, jam 11 pagi.

Ia turut disertai ahli-ahli politik, saudara-mara, rakan taulan dan masyarakat setempat.

Lebih 1,000 orang ramai hadir ke masjid dan tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir buat arwah.

Terdahulu, sebelum ketibaan Anwar, solat jenazah turut dilaksanakan dan diimamkan anak sulung Salahuddin, Iskandar Zulkarnain, 37, yang mana difahamkan ia antara permintaan terakhir arwah.

Salahuddin, 61, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam Ahad selepas menjalani pembedahan pendarahan otak sehari sebelumnya.

Berita kematiannya diumumkan oleh anak perempuannya, Fatihah Salahuddin menerusi perkongsian di Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain