PENGGUNA media sosial meluahkan rasa kurang senang apabila wujud individu yang tergamak menjual tumbler daripada koleksi istimewa Starbucks dan Blackpink pada harga tidak masuk akal. Menerusi tangkap layar iklan yang tular, seorang individu menawarkan sebuah tumbler berwarna silver pada harga RM1,499. "Blackpink Starbucks Limited Edition Lisa's Pick, RM1,499," tulis peniaga itu pada deskripsi iklan. Satu lagi tangkap layar memaparkan sebuah tumbler berwarna merah jambu yang mahu dijual pada harga RM899. "Blackpink x Starbucks Rhinestone Stainless Steel Cold Cup. RM899. Saya personal shopper (PS). Saya ada ekstra dua. Pick up Puchong," ujar peniaga itu. Dalam pada itu pempengaruh media sosial, @brgsjks memuat naik ciapan di Twitter dan menggesa orang ramai agar tidak membeli tumbler daripada individu berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Letak harga melampau ketika pelanggan datang baiki kereta, bengkel viral akhirnya musnah terbakar "Jangan bazirkan diri korang please. Benda ni sampai RM899. Lagi bagus RM899 tu korang simpan buat modal berniaga. "Beli meja beli kerusi beli khemah sewa tapak, untung 2 kali ganda RM899 tu," ciapnya kepada lebih 600,000 pengikut Twitter pada pagi Rabu. Untuk rekod, rangkaian minuman terkenal Starbucks berkolaborasi dengan kumpulan K-pop Blackpink dengan memperkenalkan minuman Frapucino istimewa serta beberapa koleksi cenderamata seperti tumbler, beg, tikar yoga, tempat simpan passport dan keychain. Dijual di cawangan Starbucks terpilih di sekitar Malaysia bermula Selasa, koleksi tersebut boleh didapati pada harga bermula RM108 manakala bagi minuman Strawberry Choco Cream Frappuccino pula berharga RM20.50. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube