suria

Mek Yun panik, seram diekori lelaki warga asing… Berani ikut rapat masuk semua kedai, nampak kamera terus lari!

Mek Yun menceritakan kisah berdepan detik cemas diekori warga asing di Sogo.

SEORANG pempengaruh di TikTok berkongsi detik cemas apabila dia dan ibunya mendakwa diekori seorang lelaki warga asing di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.

Dalam video berdurasi seminit dimuat naik TikToker dikenali sebagai Mek Yun atau nama sebenar Wee Yun Nee itu, dia berkata gerak-geri lelaki berkenaan amat mencurigakan.

"Lelaki menyeramkan tu ikut kami. Kami dah masuk tiga buah kedai dan dia masuk semua kedai.

"Dia macam acah-acah tengok barang tapi sebenarnya dia tengah ikuti kami," katanya dalam video di TikTok.

Tangkap layar video dikongsikan Mek Yun di TikTok.

Takut dengan situasi tersebut, ibu kepada Mek Yun memanggil pengawal keselamatan.

Namun, sejurus lelaki tersebut menyedari gelagatnya dirakam, dia melarikan diri sehingga tidak lagi dapat dikesan.

"Kenapa dengan sesetengah lelaki zaman sekarang ni? Tak boleh ke anda biarkan kami kaum wanita berjalan dengan tenang dan jangan jadi lelaki yang menakutkan?

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki suka hendap, ganggu jurufoto wanita selama 8 tahun dirawat bawah Jabatan Neurologi

ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto hilang sabar 8 tahun diganggu lelaki gila seks, gigih ikut sampai UK! Fahmi Fadzil janji ambil tindakan - “Dia tak patut wujud dalam masyarakat”

"Sebelum lelaki ni lari dia berani datang dekat-dekat dan saya hampir nak bersemuka dengan dia.

"Ibu saya nak panggil pengawal keselamatan tapi bila dia nampak je saya tengah rakam muka, dia terus pusing semula dan blah laju-laju," jelasnya menerusi kasyen video.

Tolong berhati-hati ye para wanita. Dapatkan bantuan terus sekiranya anda alami perkara macam ni sendirian.

MEK YUN

Kata Mek Yun, ini bukanlah kali pertama dia berdepan situasi diekori lelaki tidak dikenali.

Dalam pada itu, dia turut menasihati golongan wanita agar segera melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya berdepan situasi sama.

"Saya sendiri sebelum ni sudah lima kali kena macam ni.

553 (24)

Mek Yun merupakan pempengaruh di TikTok.

"Tolong berhati-hati ye para wanita. Dapatkan bantuan terus sekiranya anda alami perkara macam ni sendirian.

"Kalau nak berdepan (dengan suspek), pastikan anda berada di tempat awam atau berdekatan dengan pengawal keselamatan," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain