NAMA pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia seakan-akan tidak sunyi dengan pelbagai kontroversi. Terbaharu, difahamkan bapa kepada Jocelyn iaitu Anthony Chia Whye Liang mengumumkan dia tidak mengiktiraf pelawak berkenaan sebagai anaknya. "Saya secara terbuka membuat pengumuman di sini buat pertama kali, bahawa saya dan isteri saya Shirley menafikan @JocelynChia sebagai anak perempuan kami bermula detik ini dan seterusnya sehingga hari kematian kami. "Apa yang dilakukannya menunjukkan saya gagal membesarkan dia menjadi manusia yang lebih baik untuk masyarakat. Orang ramai berhak dapat lebih baik daripada ini," ciapnya. Ciapan berkenaan meraih perhatian netizen termasuklah yang 'tumpang gembira' apabila mendengar khabar bahawa Jocelyn dibuang keluarga. Tangkap layar ciapan tular itu. Namun, segelintir netizen beranggapan akaun Twitter tersebut berkemungkinan dikendalikan individu lain yang hanya menyamar sebagai bapa Jocelyn. "Pertama kali tengok mak ayah buang anak secara terang-terangan. ARTIKEL BERKAITAN: Jocelyn Chia tak ada modal, guna isu The 1975 untuk perlekeh Malaysia "Jika ini benar, ia pasti menjadi jenaka yang paling lucu. "Baca boleh, percaya jangan," tulis beberapa netizen. Semakan mStar mendapati akaun tersebut hanya memiliki 35 pengikut dan pernah memuat naik 89 ciapan sejak didaftarkan pada Julai 2023. Pada 23 Julai baru-baru ini, Jocelyn sekali lagi menjadi kecaman netizen apabila dia mempersendakan insiden melibatkan kumpulan muzik The 1975 yang berlaku di Sepang, Selangor, baru-baru ini. Untuk rekod, Jocelyn mula mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas dia mempersendakan kes kehilangan pesawat MH370 menerusi persembahan komedi di New York, Amerika Syarikat, Jun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube