suria

Model maki abang polis selepas disaman tak pakai tali pinggang, guna telefon ketika memandu

Tangkap layar memaparkan seorang model mengamuk apabila dikenakan saman kerana kesalahan ketika memandu.

TIDAK berpuas hati kerana disaman atas kesalahan memandu menggunakan alat komunikasi dan tidak memakai tali pinggang ketika memandu, seorang wanita dipercayai model mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Difahamkan, insiden tersebut belaku pada petang Isnin lalu di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menyedari video mengenai kejadian berkenaan yang tular di media sosial pada Khamis.

model 1

Video wanita tersebut mengamuk tular di media sosial.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek berusia 30-an tidak puas hati kerana disaman dengan kesalahan memandu menggunakan alat komunikasi dan tidak memakai tali pinggang semasa memandu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengamuk atas kereta peronda polis sambil hayun sabit, warga emas direman 4 hari

"Kejadian provokasi tersebut dikatakan berlaku membabitkan dua anggota polis pada Isnin lalu sekitar pukul 3.40 petang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

"Hal yang berlaku ini dikhuatiri boleh menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Menerusi klip berdurasi 1.35 minit itu, kelihatan suspek bukan sahaja meninggikan suara bahkan cuba melakukan provokasi terhadap anggota polis yang menjalankan tugas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain