suria

Ngeri! Lelaki putus kepala jatuh dari tingkat 29 di Petaling Jaya

Insiden mengerikan berlaku melibatkan seorang lelaki yang terjatuh dari tingkat 29 bangunan. - Foto PDRM

BERLAKU insiden mengerikan apabila seorang lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah bangunan perniagaan di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang pada Khamis, mayat lelaki warga asing berusia 43 tahun itu ditemukan orang awam yang berada di lokasi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada 3.05 petang.

"Setibanya di tempat kejadian, polis mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di bahagian tepi blok bangunan dengan kepala terputus daripada badan.

"Siasatan awal mendapati, mangsa berumur 43 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah restoran di bangunan tersebut.

"Semakan rakaman kamera litar tertutup pula mendapati mangsa kelihatan berada di tepi kawasan balkoni bangunan pada jam 2.46 petang dan selepas itu tiada lagi kelihatan pergerakan mangsa di kawasan tersebut.

"Mangsa dipercayai telah terjun daripada balkoni bangunan tersebut," kata Mohamad Fakhrudin dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, mayat lelaki terbabit dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain