CALON Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa menunjukkan siapa yang beliau undi pada kertas undinya sebelum memasukkannya ke dalam kotak di pusat mengundi di Sik, Kedah. Beberapa wartawan terkejut dengan pergerakan di pusat pengundian di SK Bandar Baru Beris Jaya, Jeniang, pada pukul 11 pagi Sabtu (12 Ogos). Pengundian sepatutnya dilakukan secara rahsia dan ini boleh menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Terdahulu, Muhammad Sanusi dan isteri Puan Sri Jusmalailani Jusoh disambut baik oleh pengundi dan penyokong di pusat pengundian itu. Ramai yang menjerit memanggil namanya ketika yang lain mengambil gambar dan bersalaman dengannya. Sebelum pergi, dia mengangkat tangan ke udara untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube