suria

Kemalangan, tumpahan sisa... Shah Alam sesak teruk! Pengguna dinasihat guna laluan alternatif

Orang ramai melaporkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE). -Gambar Facebook

BERLAKU kesesakan lalu lintas luar biasa di Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (Elite) sejak petang Jumaat.

Menurut Plus Malaysia menerusi kemaskini di Facebook, terdapat insiden tumpahan sisa lori tangki di Elite KM1.2 (Arah Selatan) dari Shah Alam ke Seafield, memaksa persimpangan Shah Alam ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.

Menerusi kemaskini @PlusTrafik di laman X pula, satu kemalangan dilaporkan berlaku di lokasi itu pada pukul 2.08 petang, menyebabkan berlakunya kesesakan kerana lorong tengah dan kiri ditutup.

Sehingga 5 petang, semua lorong di Persimpangan Shah Alam kedua-dua arah masih ditutup, menyebabkan trafik sesak 5KM arah utara dan 6KM arah selatan (NKVE).

WhatsApp Image 2023-09-08 at 9.12.39 PM

Trafik sesak di ELITE KM1.2 (arah Selatan) dari Shah Alam ke Seafield.

Pada pukul 6 petang, trafik masih sesak sepanjang 6KM arah utara dan 8KM arah Selatan (NKVE), sebelum dan selepas masuk Plaza Tol Shah Alam dan sesak 14KM arah utara.

Orang ramai turut dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

Dalam pada itu, turut tersebar maklumat menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan berlakunya tumpahan asid di lokasi berkenaan.

"Ada tumpahan asid di Elite highway Shah alam exit (NKVE) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Road is close. Kalau boleh jangan guna NKVE untuk balik ke Shah alam. Very bad traffic," tulis pengirim WhatsApp itu.

Warga maya turut berkongsi foto kesesakan lalu lintas yang berlarutan sehingga ke waktu malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain