suria

Dah tak takut buat jenayah! Lelaki selamba keluarkan pisau dalam bank, pak guard gelabah lari keluar

Tangkap layar kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah bank di Ipoh.

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian rompakan bersenjata di sebuah bank tular pada Jumaat.

Menerusi rakaman itu, seorang lelaki yang memakai topi keledar dilihat masuk ke premis tersebut sebelum mengeluarkan sebilah pisau yang disembunyikan di bahagian depan seluarnya.

Dia kemudian menghampiri dua individu yang sedang melakukan transaksi di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan menghunus pisau ke arah mereka.

Seorang pengawal keselamatan yang sedang duduk di sudut bank itu kemudian bangun dan terus membuka pintu kaca dan dilihat berlari keluar dari premis berkenaan.

Suspek yang menyedari pengawal keselamatan melihat tindakannya juga dilihat keluar dari bank berkenaan sambil disaksikan dua mangsa.

r1

Pengawal keselamatan (bulatan merah) sedang duduk di sudut bank sebelum dia bertindak membuka pintu dan keluar daripada premis itu.

Menurut pemilik Twitter @Benny_TehVerto, insiden berlaku di sebuah bank di Ipoh, Perak.

Menjengah ruangan komen, netizen menyuarakan rasa bimbang akan keselamatan mereka kerana rompakan tersebut berlaku secara terbuka pada siang hari.

Pada masa sama, mereka turut mempersoalkan tindakan pengawal keselamatan itu yang dilihat keluar meninggalkan premis berkenaan ketika rompakan berlaku.

"Guard tu nak lari pergi mintak bantuan guard sebelah ke?

"Nampak seperti pengawal tak diberi senjata api. Macam mana nak lawan?

"Guard tu lari sebab nak tarik perhatian perompak, atau minta bantuan polis. Kota la, andaian.

"Tak boleh nak salahkan guard tu juga. At least dia gelabahkan penyamun tu, selamat dua untie tu," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain