suria

Padah tunjuk kemaluan ketika video call, pemuda dipenjara setahun

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan menunjukkan kemaluannya melalui panggilan video. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki yang menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita menerusi panggilan video menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Tawau, pada Khamis.

Majistret Don Stiwin Malanjun menjatuhkan hukuman penjara itu kepada Raziman Ibrahim, 35, yang mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan mangsa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Tanjung Batu Keramat di Tawau, kira-kira 3 petang, 19 Ogos lalu.

Tertuduh menunjukkan alat sulitnya kepada mangsa berusia 38 tahun melalui panggilan video menggunakan telefon bimbit dengan niat melakukan perbuatan lucah.

Bagi kesalahan di bawah akta itu, ia membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula dari tarikh tangkapan.

Pegawai Pendakwa Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin hadir untuk pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain