suria

Orang baik sering dibenci, kapsyen peniaga crepe dianggap puji diri sendiri - “Untungnya seorang Kieda selalu dapat attention Allah”

Kapsyen Kieda di laman TikTok menerima kritikan segelintir netizen.

PENIAGA makanan terkenal, Kieda atau Nur Khalieda Yusra sekali lagi menjadi bualan netizen apabila sistem vendor yang digunakan di kedainya menerima kritikan ramai.

Di sebalik kontroversi itu, Kieda dilihat tenang meneruskan perniagaannya dan turut berkongsi hantaran di media sosial tentang ujian yang sedang dilaluinya.

"Bila kamu sering dibenci orang, itu tandanya kamu orang baik, ingat pohon yang buahnya manis sering dilempari batu.

"Untungnya seorang Kieda selalu dapat attention Allah," tulisnya menerusi akaun TikTok pada Jumaat.

Dalam hantaran itu, Kieda turut berkongsi foto dia dan suaminya yang berpakaian rona sedondon.

Namun, segelintir netizen dilihat menempelak kenyataan itu dan menganggap ia seperti tindakan memuji diri sendiri.

2178591

Kieda menjadi bualan ramai kerana sistem vendor di kedainya.

"Kadang-kadang bukan petanda orang baik, mungkin teguran dari Allah. Berlapang dada menerima, setiap ujian ada hikmah.

"First time aku baca kapsyen orang puji diri sendiri. Adoi.

"Jarang-jarang orang cakap diri sendiri baik," tulis beberapa pelayar TikTok.

Dalam hantaran berlainan di TikTok, Kieda turut berkongsi video memaparkan pelanggan yang sedang beratur sempena Kieda Crepe Tour 7.0 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Barang dipaksa beli tidak sah!” - Ustaz Azhar Idrus tegur sistem ‘support vendor’, Kieda pula kata tak sokong peniaga Melayu

Untuk rekod, mStar pada Rabu melaporkan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengulas mengenai hukum jual beli secara vendor yang diamalkan di negara ini.

Jelas Ustaz Azhar, kaedah tersebut adalah tidak sah sekiranya ia seolah-olah memaksa pelanggan membayar harga barang yang tidak diingininya.

Ustaz Azhar mengulas mengenai isu berkenaan apabila diajukan soalan ketika menyampaikan ceramah agama di sebuah masjid.

Susulan itu, Kieda tampil memberi kenyataan balas dan menegaskan dia tidak pernah memaksa pelanggan membeli makanan yang dijual di kedainya.

Katanya lagi, semua pelanggan sudah sedia maklum mengenai cara jualan sebelum memasuki premisnya.

Kieda menggunakan sistem 'Kedai support vendor, baru support Kieda' yang dipasang pada banner di hadapan kedainya yang terletak di Pulau Pinang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain