suria

Bukit Aman sahkan siasat dakwaan kes Ebit Lew, 13 saksi dipanggil

Polis menyiasat dakwaan terhadap Ebit Lew.

SIASATAN berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan personaliti dakwah Ebit Lew sedang dijalankan.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

“Kita telah memanggil 13 saksi bagi membantu siasatan, di mana kes itu pertama kali dilaporkan oleh mangsa.

“Lima hari kemudian, Ebit Lew membuat laporan menafikan dakwaan itu selepas pulang dari luar negara,” katanya.

Tambah beliau, polis sedang menyiasat kedua-dua kes secara serentak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari Jeddah, Ebit Lew buat laporan polis dakwa diri difitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice dituduh reka cerita tentang individu berwatak alim, sudah serah bukti pada pihak polis - “Kali ini kita bijak sikit”

Baru-baru ini, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo mendakwa Ebit berkelakuan tidak senonoh terhadapnya.

Ebit sebelum ini memberikan bantuan kewangan kepada pengaruh Indonesia itu, pada Jun lalu.

Minggu lalu, dilaporkan aktivis dan juga penyanyi rap, Caprice dalam hantarannya di Instagram bahawa dia telah menemu bual pempengaruh itu dan akan memuat naik video itu di YouTube.

Pada Isnin lalu, Ebit tampil membuat laporan polis berhubung beberapa fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya. - The Star

Artikel Lain