suria

Saksi dedah ‘mangsa’ kejar bas naik motor sampai Kuala Ibai, Mara Liner mohon maaf

Cubaan penumpang yang terlambat untuk menahan bas tersebut.

TINDAKAN seorang pemandu bas yang meninggalkan penumpangnya baru-baru ini disifatkan tidak bertimbang rasa dan mencetuskan kemarahan ramai.

Susulan video tular menunjukkan penumpang tersebut sedang mengejar bas ekspres yang sepatutnya dinaiki, Ketua Pegawai Eksekutif Mara Liner, Zachary Ismail tampil membuat permohonan maaf dan menzahirkan rasa kesal atas apa yang berlaku.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, dia berkata Mara Liner telah mengambil tindakan susulan terhadap pemandu tersebut sejurus menerima aduan berhubung kejadian di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melibatkan bas ke Melaka pada Selasa, malam.

Tangkap layar video tular di TikTok.

"Kami telah menghubungi penumpang terbabit pada Rabu bagi menzahirkan permohonan maaf dan rasa kesal.

"Siasatan dalaman juga telah dimulakan sejurus aduan diterima dan tindakan susulan ke atas pemandu terbabit juga telah diambil.

"Mara Liner sekali lagi memohon maaf kepada semua dan berharap insiden seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Terdahulu tular rakaman video yang dikongsi @tsharissadli yang berada di dalam bas berkenaan menunjukkan seorang penumpang lelaki berlari-lari sambil menahan bas ekspres yang sepatutnya dinaiki tetapi pemandu bas tidak menghiraukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Mondy Tattoo menangis depan Ustaz Derry, mohon maaf kepada Ebit Lew - “Saya bodoh, jadi bingung”

Menerusi tulisan pada video, pelayar lelaki tersebut meluahkan rasa terkilan dengan sikap tidak bertimbang rasa pemandu bas berkenaan.

“Waktu kejadian, bas dijadualkan bergerak pukul 9 malam, tetapi seminit selepas itu, pemandu terus tutup pintu dan saya maklumkan mengenai lelaki berkenaan tetap tidak peduli.

“Kasihan sangat, pemandu bas tinggal begitu saja penumpang sedangkan boleh je berhenti,” katanya.

Hantaran video berkenaan mendapat reaksi orang ramai yang kurang berpuas hati dengan sikap pemandu bas tersebut.

Komen seorang individu mendakwa dirinya sepupu kepada isteri penumpang bas tersebut.

Selain itu, terdapat juga pengguna TikTok yang turut berkongsi pengalaman sama ditinggal dan dimarahi oleh pemandu syarikat sama.

Malah, lebih menyedihkan apabila menurut Haris Aidil, dia melihat lelaki tersebut cuba mengejar bas tersebut sehingga ke Kuala Ibai, Terengganu menggunakan motosikal.

Bagaimanapun, cubaanya untuk menaiki bas Mara Liner berkenaan tetap gagal.

"Nampak dia kejar naik motor sampai Kuala Ibai. Driver tak berhenti juga," jelas Haris di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain