suria

Luar biasa! Alunan selawat bergema di Bukit Bintang, umat Islam bersatu sambut Maulidur Rasul

Suasana ketika acara Bukit Bintang Berselawat yang berlangsung pada malam Rabu.

SUASANA di sekitar kawasan Bukit Bintang yang terkenal dengan kemeriahan hiburan malam bertukar tenang seketika dengan alunan selawat dan pujian kepada Rasulullah SAW pada Rabu malam.

Menerusi perhimpunan sempena Maulidul Rasul bagi tujuan memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW itu, umat Islam termasuk rakyat tempatan dan pelancong asing sama-sama menjayakan program Bukit Bintang Berselawat.

Difahamkan terdapat sekurang-kurangnya lapan lokasi terpilih (check point) ditetapkan untuk orang ramai berkumpul sebelum bergerak ke dataran Pavilion.

Ia bermula sekitar pukul 9.30 malam dan berakhir kira-kira sejam selepas itu.

Di media sosial, beberapa video tular menunjukkan orang ramai yang hadir sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam suasana yang aman dan tenang.

Turut kelihatan pemberian bunga mawar kepada orang ramai sebagai simbolik kepada kedamaian dan keharmonian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain