AKTIF menyampaikan sumbangan kepada golongan yang terkesan dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR), pengeluar produk serta suplemen kesihatan, Eskayvie, turut tidak melupakan insan seni yang mewarnai industri hiburan tanah air. Justeru, peluang bekerjasama bersama mStar menerusi program terbaharunya, mStar Baek, yang baru dilancarkan dilihat sebagai platform terbaik bagi menyantuni selebriti tempatan yang terkesan, khususnya artis veteran. "Sebenarnya di Eskayvie, kami bukan sahaja sebagai sebuah syarikat yang memasarkan suplemen serta mewujudkan usahawan berjaya. "Kami juga ada yayasan sendiri yang mana beberapa peratus jualan kami masuk terus ke dalam yayasan. Yayasan ini memang tujuannya untuk membantu, support golongan yang memerlukan. "Justeru apabila berpeluang bekerjasama dengan mStar menerusi mStar Baek, ia adalah program yang begitu bertepatan dengan apa yang yayasan dapat sumbangkan," kata Pengasas Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri ketika hadir ke Majlis Ulang Tahun ke-18 mStar dan pelancaran program mStar Baek pada Selasa. Menyifatkan program ini sebagai 'sangat bagus', Eskayvie juga berbangga apabila dutanya yang juga ikon seni negara, Datuk Haji Aznil Nawawi diberi penghormatan untuk menandatangani plaque simbolik ulang tahun ke-18 mStar. "Kami perlu memberi balik sesuatu kepada masyarakat dan kami faham dari sudut kehidupan sesetengah orang sudah berubah, yang mungkin di waktu ini mereka memerlukan sokongan dan bantuan," katanya. Pengasas Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri (kanan) serta pengasas bersama, Kartika Wati Mohamed ketika hadir ke Majlis Ulang Tahun ke-18 mStar dan pelancaran program mStar Baek pada Selasa. -Gambar Shaari Che Mat/The Star Berlangsung meriah di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor, majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan artis dan pempengaruh media sosial. Turut hadir adalah penaja utama program mStar Baek, Noir Health & Beauty yang diasaskan oleh Madammu atau nama penuhnya Eriyca Baiduri. Sementara itu, Pengasas bersama Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menambah, selain memberi sumbangan sebagai tanda keprihatinan kepada artis yang terlibat, kerjasama bersama mStar juga diharapkan mampu menyuntik kesedaran kepada pihak lain agar sama-sama turun padang berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. "Paling penting, kita create awareness kepada masyarakat di luar sana betapa kita buat sesuatu bukan untuk diri kita sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullah, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain "Itulah visi utama kami, memperkasakan ekonomi dan kesihatan. Inilah tujuan kita berniaga... berkongsi rezeki serta memberi manfaat kepada orang lain," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Golongan artis juga banyak berjasa, Bernas turut beri sumbangan kepada selebriti veteran dalam mStar Baek ARTIKEL BERKAITAN: Pernah terserempak Zaiton Sameon jalan kaki, hajat Madammu nak bantu termakbul... Hati tersentuh lihat kepayahan selebriti veteran Teruja dengan penglibatan bersama mStar buat julung-julung kalinya, Kartika Wati dalam masa yang sama melahirkan harapan agar mStar Baek dapat dijadikan pemangkin atau role model kepada platform media lain dalam mengetengahkan 'content' yang memberi impak kepada masyarakat. "mStar melakukan satu tindakan yang terbaik, menjadi catalyst yang memulakan program seumpama ini agar platform lain juga buat perkara yang sama. "Dalam kita melaporkan serta membuat content, bagi saya, content memberi awareness untuk membantu orang adalah sangat terbaik," ujarnya sambil menambah, Eskayvie sentiasa berbesar hati untuk meneruskan kerjasama bersama mStar pada masa hadapan. Sekitar majlis pelancaran mStar Baek dan Majlis Ulang Tahun ke-18 mStar, pada Selasa. -Gambar Faihan Ghani/The Star mStar Baek merupakan program yang membantu barisan selebriti yang melalui fasa sukar dalam kehidupan, sedangkan mereka sebelum ini adalah insan yang banyak menabur bakti kepada masyarakat menerusi bakat seni masing-masing. Antara artis yang disantuni dan menerima sumbangan termasuklah Zaiton Sameon, Mak Jah, Bad (Indigo), Mak Wan Latah, Ibnor Riza, Roy (Ratnaku), Wan Maimunah, Alina Hassan dan Izwan Fitri. Untuk program tersebut, Eskayvie memberi sumbangan berupa barangan kesihatan selama setahun. Program mStar Baek yang berbentuk video 10 episod akan bersiaran pada setiap Khamis bermula 5 Oktober 2023 di portal mStar serta semua platform media sosialnya termasuk YouTube dan Facebook. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube