suria

Memperkasa bakal pemimpin tenaga masa depan

Pelancaran program di peringkat sekolah rendah di SK Yaacob Latiff. TNB percaya tabiat baik ke arah kecekapan tenaga harus bermula pada usia muda.

Tenaga Nasional Berhad memupuk sikap bijak menguruskan tenaga dalam kalangan kanak-kanak demi membina hari esok yang lebih baik.

TIDAK seperti wang tunai, tenaga bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh. Menjimatkan tenaga dan cekap menguruskan tenaga berkemungkinan dilihat sebagai sebuah konsep yang agak abstrak untuk difahami memandangkan perhatian hanya tertumpu kepada turun naik bil elektrik bulanan.

Bagi membantu pemimpin tenaga pada masa hadapan untuk memahami topik serta memupuk sikap dan tabiat cekap tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan kempen kesedaran mengurangkan pembaziran tenaga melalui program pendidikan yang menyeronokkan buat pelajar sekolah.

Demi meningkatkan kesedaran dan memupuk tingkah laku kecekapan tenaga yang bagus sejak usia muda, program pengaktifan sekolah TNB telah bermula dari Ogos hingga September 2023.

Program ini memastikan kanak- kanak faham akan kepentingan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan bahan pencemar lain serta memastikan agar bil utiliti dari melambung tinggi.

Pelancaran program bertemakan ‘Memperkasa Masa Depan’ bagi peringkat sekolah menengah di SMK Bukit Indah.

Pelancaran program bertemakan ‘Memperkasa Masa Depan’ bagi peringkat sekolah menengah di SMK Bukit Indah.

Bertemakan Memperkasa Masa Depan, inisiatif TNB dengan kerjasama Kumpulan Media Star (SMG) mendedahkan para pelajar kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang sektor tenaga, tenaga semasa proses penjanaan serta keperluan peralihan ke arah sumber tenaga boleh baharu melalui satu siri bengkel yang disusun teliti dengan pelbagai aktiviti simulasi dan permainan.

Diadakan di 10 sekolah rendah dan menengah terpilih dalam bandar dan pinggir bandar di sekitar Lembah Klang, program ini mendapat sambutan hangat daripada ratusan pelajar yang mengambil bahagian.

Ia merupakan satu kejayaan dalam meningkatkan kesedaran tentang keselamatan tenaga - menawarkan para pelajar tip penggunaan tenaga yang efisyen selain memupuk kualiti kepimpinan di kalangan aktivis alam sekitar pada masa hadapan.

Mesej pendidikan ini amat penting untuk disampaikan kepada golongan muda agar penggunaan tenaga secara bijak dapat dijadikan amalan selain diharapkan dapat memberi kesan positif kepada pemuliharaan tenaga dalam jangka masa panjang.

Menurut TNB, antara mesej yang paling penting untuk golongan muda ialah kesedaran tentang kekurangan tenaga pada masa lalu, potensi ancamannya malah kepentingan memelihara tenaga memandangkan tenaga adalah satu keperluan asas dalam kehidupan seharian merentasi semua situasi dan sektor kehidupan.

Kempen TNB ini turut menyerlahkan sisi kepimpinan para pelajar di SMK Wangsa Maju S2.

Kempen TNB ini turut menyerlahkan sisi kepimpinan para pelajar di SMK Wangsa Maju S2.

Pembekal utiliti nasional ini menekankan bahawa kerana tenaga bukanlah sesuatu yang boleh dilihat atau disentuh oleh pelajar, oleh itu program ini diharap dapat difahami dengan mudah oleh para pelajar, seterusnya menyemai konsep cekap tenaga di dalam diri masing-masing.

TNB amat berbesar hati apabila pelajar mengambil inisiatif untuk menyebarkan mesej utama dan perkara yang telah dipelajari daripada program itu kepada rakan-rakan serta keluarga.

TNB akan berusaha untuk mengembangkan inisiatif tersebut yang jelas berkesan mewujudkan suasana pembelajaran santai dan menarik untuk pelajar sekolah supaya memahami peranan mereka dalam mengekalkan alam sekitar untuk masa depan yang lebih mampan.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Literasi Tenaga Malaysia atau Malaysia Energy Literacy Programme (MELP) dan selaras dengan usaha TNB untuk menerajui pelaksanaan peralihan tenaga negara sambil mempamerkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar.

Artikel Lain