suria

Ajal bersama... Dua pekerja gerai burger maut terkena renjatan elektrik

Renjatan elektrik yang terkena pada manusia boleh mengakibatkan kematian. -Gambar hiasan

DUA lelaki ditemukan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah gerai burger di Taman Bercham Raya, Ipoh, pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, Balai Polis Tambun menerima panggilan daripada orang ramai mengenai kejadian melibatkan remaja berkaan pada 1.15 pagi Ahad.

Mangsa berusia 14 tahun dan 30 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi gerai, ujar beliau.

"Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

"Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa merupakan pekerja gerai dan mereka dipercaya terkena renjatan elektrik semasa bekerja di gerai burger tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya lagi, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. -THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain