suria

Solidariti untuk Palestin... Masyarakat pelbagai kaum, warga asing beri sokongan

Perhimpunan aman bertemakan 'Freedom For Palestine'. -Gambar AZHAR MAHFOF/The Star

ORANG ramai berkumpul dalam perhimpunan aman bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Ahad.

Penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk warga asing hadir seawal pukul 9 pagi untuk perhimpunan yang bertemakan 'Freedom For Palestine' (Kebebasan untuk Palestin).

Ia merupakan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Beberapa aktivis daripada NGO memberi ucapan menggesa supaya konflik Israel-Palestin dihentikan.

Anggota polis turut bertugas memantau perhimpunan yang berakhir pada pukul 1 tengah hari. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain