suria

Suami kantoi skodeng tandas wanita, siap sarung tudung dan sandal perempuan! Inai di jari kaki isteri pakaikan

Suspek didakwa menyamar untuk masuk ke tandas wanita.

KECOH di media sosial rakaman seorang lelaki yang dicekup didakwa mengintai di tandas wanita.

Kejadian dipercayai berlaku di tandas awam di sebuah gedung di selatan tanah air, pada pagi Ahad.

Difahamkan, lelaki berkenaan bertindak menyamar sebagai wanita dengan memakai tudung dan selipar wanita.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut yang didakwa sudah berkahwin sanggup memakai selipar milik isterinya serta memakai inai di kaki.

Seorang lelaki menahan suspek yang didakwa membuat rakaman di dalam tandas wanita.

Menerusi rakaman berdurasi kira-kira dua minit itu, kedengaran suara seorang wanita yang berkeras meminta kata laluan telefon bimbit milik suspek.

Suspek kemudian berkali-kali mengatakan dirinya malu diperlakukan sedemikian.

"Tahu malu. Kau masuk tandas perempuan, kau ingat perempuan tu tak malu?" kata wanita itu dengan nada marah.

Menerusi satu perkongsian, suspek didakwa menyimpan lebih 40 video di dalam telefon bimbitnya.

Sementara itu, seorang lelaki turut memeriksa lelaki berkenaan yang melakukan penyamaran sebagai wanita.

"Kaki berinai, pakai selipar perempuan, siap pakai tudung.. tapi berjanggut.

"Masuk tandas perempuan, rakam gambar," kedengaran suara seorang lelaki.

Selain memakai selipar wanita, kaki suspek juga mempunyai inai.

Ditanya mengenai statusnya sebagai suami orang, suspek hanya memberikan alasannya dirinya keliru.

"Dah (kahwin). Saya tak tahu, kepala otak saya macam begini hari ni. Malu," katanya.

Suspek turut mendedahkan bahawa inai di kakinya itu dibuat oleh isterinya sendiri.

Setakat ini, belum ada kenyataan daripada pihak polis berhubung kejadian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain