suria

Anwar seru rakyat Malaysia ke Axiata Arena esok demi solidariti bersama Palestin

Himpunan solidariti bersama Palestin diadakan di Axiata Arena pada malam Selasa.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa (esok).

Himpunan sebagai tanda solidariti Malaysia bersama rakyat Palestin itu akan bermula daripada pukul 7.30 hingga 10.30 malam.

"Ayuh seluruh rakyat Malaysia turun ke Axiata Arena, Bukit Jalil esok malam sebagai tanda solidariti kita bersama rakyat Palestin!" tulis Anwar dalam hantaran di media sosial rasminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel ‘zionis’ kerana bawa plakad kutuk Netanyahu, peserta himpunan Dataran Merdeka tuntut penganjur mohon maaf! Pelik laung takbir pun dilarang

Difahamkan, himpunan tersebut dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan ucapan pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Anwar turut dijangka menghadiri himpunan tersebut.

Sekurang-kurangnya 4,000 penduduk di Semenanjung Gaza, Palestin terkorban dengan belasan ribu yang lain cedera sejak tentera rejim Zionis melancarkan serangan tanpa henti, sejak 7 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain