SEORANG lelaki dikejutkan dengan panggilan video menggunakan nombor tidak dikenali, baru-baru ini. Ketika menerima panggilan itu, lelaki berkenaan tidak keseorangan kerana isterinya secara kebetulan berada di sisi. “Sangat pelik apabila satu nombor tak dikenali, video call suami aku,” kata si isteri menerusi satu hantaran yang kini tular di media sosial. Tanpa berfikir panjang, wanita itu meminta suaminya untuk menjawab panggilan tersebut dan sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku. “Aku suruh suami jawab, apabila angkat tengok perempuan tak berbaju. Suami aku terus cancel video call dan sekat nombor tu,” ujarnya. Tidak berhenti setakat itu, suaminya kemudian menerima mesej menerusi nombor lain yang tidak dikenali, dipercayai daripada pemanggil yang membuat panggilan video sebelum itu. Lebih mengejutkan apabila individu misteri itu cuba memberi ancaman dengan berkongsi video yang telah disunting, yang memaparkan suaminya. “Terus dapat ugutan daripada nombor lain. Dia edit video suami jawab video tu dan disambung dengan video kemaluan (milik) entah sesiapa. “Sedangkan aku ada sebelah suami aku. Sekarang dia nak viralkan dalam Facebook. Jadi, kalau anda ada nombor yang tak dikenali buat video call, tolong jangan angkat,” katanya menitipkan pesanan. Mesej berbaur ugutan. -Gambar media sosial Wanita itu turut berkongsi gambar yang memaparkan mesej berbaur ugutan, didakwa dihantar oleh individu misteri kepada suaminya. “Nak padam atau viral, jawab cepat. Jangan nak buat aku marah. “Kejap je aku nak hancurkan hidup awak, buat awak malu,” kata individu berkenaan cuba mengugut mangsanya. Bagaimanapun tidak dijelaskan apakah motif dan tujuan pelaku membuat ugutan seperti itu terhadap mangsa. Malah, tidak dijelaskan juga sama ada individu berkenaan sudah menyebarkan video suntingan seperti yang diperkatakan atau hanya sekadar ugutan. Setakat ini, tiada kenyataan yang dikeluarkan daripada polis berhubung insiden tersebut. Di ruangan komen di grup Facebook, rata-rata netizen terkejut dengan taktik penipuan tersebut yang mana turut menimpa beberapa orang lain. Turut membimbangkan, penipuan menerusi panggilan video itu turut menyasarkan golongan wanita sebagai mangsa dalam modus operandi mereka. “Jadi juga bulan lepas. Ada orang video call, apabila angkat nampak lelaki tengah masturbasi dalam tandas. Macam dalam mall, terus letak. Menggigil rasa. “Mesti dia ugut nak dapatkan duit. “Scammer ni. Aku dulu, dia siap nak ugut nak sihir. “Hati-hati la nak jawab nombor yang tidak dikenali. Buat laporan polis jalan terbaik,” demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube