suria

Sayu... Terlupa hantar ke pusat asuhan, bayi maut tertinggal dalam kereta

Polis menjalankan siasatan mengenai kes kematian seorang bayi. -Gambar hiasan

BAGAIKAN tidak berkesudahan, lagi insiden bayi maut selepas tertinggal di dalam kereta.

Bayi malang itu merupakan kanak-kanak perempuan berusia 16 bulan yang tertinggal di dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus, Terengganu, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata polis menerima laporan mengenai kanak-kanak itu sudah meninggal dunia ketika dibawa ke pusat kesihatan di universiti tersebut.

"Sebaik menerima laporan, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak itu sudah meninggal dunia.

"Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan," katanya pada Rabu.

Siasatan awal polis mendapati bapa mangsa dikatakan terlupa menghantar anaknya ke pusat asuhan yang terletak dalam kampus universiti tersebut sebelum ke tempat kerja di universiti sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain