suria

Warga emas giat curi rakam gambar ibu hamil! Penuh koleksi baby bump dalam telefon

Tangkap layar tindakan seorang lelakio yang mencurigakan.

VIDEO tular memaparkan seorang lelaki warga emas sedang memegang telefon dengan keadaan kameranya dihalakan kepada para pengunjung sebuah pusat beli belah mendapat perhatian warga maya.

Mana tidaknya, individu tersebut bukanlah sengaja memegang telefonnya seperti itu sebaliknya dia merakam gambar setiap wanita hamil yang berada di sekeliling.

Malah dia berpura-pura melihat ke dalam outlet apabila menyedari perbuatannya dilihat.

Bagaimanapun posisi telefon bimbitnya tidak diubah serta sentiasa digenggam dengan tangan kiri dan diletakkan di pinggang.

Tingkah lakunya yang mencurigakan itu seorang pengunjung wanita mengadu kepada suaminya.

Tanpa berlengah suaminya tampil bersama pengawal keselamatan di pusat beli belah tersebut dan menahan lelaki terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gila seks ligat meraba dalam bas, siap ramas-ramas! Wanita sempat rakam, mengadu pada pemandu

ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto hilang sabar 8 tahun diganggu lelaki gila seks, gigih ikut sampai UK! Fahmi Fadzil janji ambil tindakan - “Dia tak patut wujud dalam masyarakat”

Apa yang mengejutkan apabila pemeriksaan di dalam galeri telefon bimbitnya mendapati peranti itu dipenuhi dengan gambar wanita hamil.

Koleksi gambar tersebut diambil di pelbagai lokasi termasuk pasar malam dan kedai makan.

Meskipun perbuatannya sudah terbongkar, namun lelaki warga emas yang berambut putih itu kelihatan selamba seolah-olah tidak melakukan kesalahan.

Berkongsi rakaman di halaman TikTok, Shiraa Tajudin turut menyatakan bahawa tangan lelaki terbabit sentiasa memegang telefon untuk merekod video mahupun gambar.

Antara reaksi warga maya di ruangan komentar video.

Antara reaksi warga maya di ruangan komentar video.

"Masa ni dah separuh jalan dalam mall baru I sempat nak rekod. Tangan dia memang sentiasa dengan telefon tu untuk rekod... so scary," ujarnya di kapsyen.

Dia turut menasihati kaum wanita yang sedang hamil supaya sentiasa berhati-hati apabila berada di tempat awam.

"Mommies kat luar yang sedang pregnant, tolong berjaga-jaga... kejadian semalam, I tengah pregnant," katanya lagi.

Video yang dikongsikan itu mendapat pelbagai maklum balas dan kebanyakan wanita meluahkan rasa takut dengan kejadian seperti itu.

"Preggophiles tu wujud guys. Sebab tu baby bump kita ni aurat... hati-hati mommies.

"Pernah dahulu nak pergi check up klinik ada seorang lelaki duduk atas motosikal standby telefon macam buat panggilan video. Selalu sahaja ada depan klinik ibu mengandung.

"Pregnant lady jangan la pakai ketat-ketat... I dulu mengandung pakai labuh-labuh sampai orang tak tahu pun tengah mengandung.

"Memang ada orang macam ni, dulu aku post gambar pregnant twins kat Facebook. Kemudian orang tu mesej aku beritahu dia suka tengok gambar yang aku post tu," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain