suria

Amat luar biasa kanak-kanak ‘turun’ demonstrasi Roblox - Dr Zulkifli

Tangkap layar memaparkan strim permainan demonstrasi Palesti oleh kanak-kanak dan remaja di Roblox.

GOLONGAN remaja dan kanak-kanak juga cakna dengan situasi semasa yang berlaku di bumi Palestin akibat konflik antara pejuang Hamas dengan rejim zionis Israel.

Tampil dengan cara berbeza, mereka melakukan 'demonstrasi' menerusi permainan video Roblox yang merupakan platform penciptaan menggunakan mesin proprietari, Roblox Studio.

Selain menjadi fenomena dan mendapat perhatian dunia, penstriman yang dilangsungkan pada Selasa itu turut diulas bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Permainan Roblox, fenomena baharu yang dilakukan oleh kanak-kanak yang ada prihatin dan cakna kepada bumi Palestin dan Gaza.

"Cetusan idea yang bagi saya amat luar biasa yang dikembangkan dalam bentuk demonstrasi melalui alat mainan semata-mata dan ini sebahagian juga daripada solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

Rekaan susun atur Dataran Tanjung Mas di Roblox direka oleh seorang pemain tingkatan tiga.

Rekaan susun atur Dataran Tanjung Mas di Roblox direka oleh seorang pemain tingkatan tiga.

"Bahkan kumpulan ini juga telah mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak dan juga merebak ke seluruh dunia," ujarnya menerusi rakaman video di laman X.

Menyifatkan situasi semasa Palestin sebagai isu sejagat, beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama manyatakan idea tersebut sebagai gambaran semangat juang dalam diri kanak-kanak.

Malah Zulkifli turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada remaja yang mencetuskan fenomena berkenaan.

Semoga anak-anak kita sentiasa cakna kepada bumi Baitulmaqdis.

DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

"Hal seperti ini menggambarkan kepada kita bahawa betapa isu Palestin ini adalah satu isu yang bersifat sejagat.

"Menggambarkan bahawa itulah obor dan semangat juang (kanak-kanak) muslim terhadap bumi Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa.

"Semoga anak-anak kita sentiasa cakna kepada bumi Baitulmaqdis. Sekalung tahniah dan syabas kepada anak yang telah berjaya mencetuskan idea dan fenomena yang baik," tambah beliau.

Antara 'acara' yang dilakukan di dalam Roblox.

Antara 'acara' yang dilakukan di dalam Roblox.

Dalam pada itu beliau menjelaskan apa yang ditonjolkan itu adalah gambaran perasaan dan hati sanubari kanak-kanak yang cintakan kepada kedamaian, keamanan bumi Palestin, Gaza.

Terdahulu lebih 200 pemain pemain video kanak-kanak ‘berdemonstrasi’ dalam talian sebagai tanda solidariti terhadap Palestin di aplikasi permainan video, Roblox.

Demonstrasi itu dianjurkan oleh penstrim permainan video, cikgu zyd di Roblox dan disiarkan secara langsung di akaun TikTok miliknya pada Rabu.

Bukan sahaja mendapat sambutan daripada kanak-kanak di Malaysia, malah demontrasi itu turut tular dan telah disertai oleh pemain luar negara.

Difahamkan, 'perhimpunan' itu dijalankan di sebuah pelayan permainan (game server) yang diberi nama Dataran Tanjung Mas.

Rekaan susun atur di Roblox direka oleh pemain tingkatan tiga yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di Muar, Johor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain