suria

Cikgu bawa watak pejuang, acu senapang mainan di sekolah! Ramai bimbang murid salah faham isu keamanan Palestin

Tangkap layar rakaman video solidariti Palestin para guru di sebuah sekolah.

RAKAMAN video di sebuah sekolah rendah yang memaparkan para guru bersoladiriti sempena isu Palestin menjadi tular di media sosial.

Selain membawa bendera negara yang sedang bergolak itu, kebanyakannya memakai mafla dan menutup wajah seolah-oleh menggambarkan mereka sebagai pejuang Hamas.

Bahkan beberapa orang guru dilihat membawa senapang mainan bersama dan mengarahkan ke arah murid-murid yang sedang duduk berhimpun.

sek1

Antara watak yang ditonjolkan seorang guru.

Video berdurasi 50 saat itu dikongsikan seorang pelayar laman X yang beranggapan senario tersebut akan membibitkan semangat keganasan dalam diri murid-murid jika tidak dijelaskan dengan betul.

“Saya rasa perkara ini sangat mengganggu... macam menanam bibit-bibit pengganas kepada anak-anak pun ada.

“Ada cara lebih baik untuk menyampaikan mesej selamatkan Palestin... bukan begini,” ciapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amat luar biasa kanak-kanak ‘turun’ demonstrasi Roblox - Dr Zulkifli

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi sekolah berkenaan.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya.

Rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang diutarakannya lebih-lebih lagi penggunaan prop tambahan seperti senapang.

“Apa ni? Ia sangat mengganggu! Apa yang kita cuba ajar anak-anak ini? Ni dah masuk tahap extremist. Patutnya sekadar penerangan mesra kanak-kanak tentang situasi semasa, dengan konteks sejarah.

Cikgu pakai macam tu sebab nak tarik minat murid untuk kenal dan fahami isu.

WARGA MAYA

“Saya memang menyokong apa saja berkaitan kesedaran isu semasa di sekolah, tetapi... saya sangka kita semua diajar untuk mengelak daripada mendedahkan senjata replika kepada kanak-kanak.

“Kalau nak dedahkan pelajar kepada isu ni pun, gunalah cara yang betul. Jelaskan sejarah konflik dan sebagainya.

“Kalau golongan pengajar pun tidak dapat menterjemahkan maksud ‘kebebasan’ dengan cara yang betul... keharmonian berbilang kaum menjadi tanda tanya,” ujar beberapa warga maya.

Antara pandangan warga maya di ruangan komen.

Antara pandangan warga maya di ruangan komen.

Selain mengecam tindakan yang dilakukan para guru sekolah terbabit, segelintir netizen lagi beranggapan ia tidak menjadi kesalahan sebaliknya menonjolkan realiti.

“Ia mewakili pakaian perang atau mungkin Hamas. Jika anda rasa ini teroris maksudnya media Barat berjaya tanamkan minda anda tentang pemakaian sebegitu. Pada saya, cikgu pakai macam tu sebab nak tarik minat murid untuk kenal dan fahami isu.

“Serius tak faham macam mana ibu bapa boleh samakan pakaian pejuang Palestin dengan teroris sedangkan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia sokong Hamas sebagai pejuang kebebasan.

“Gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan, murid pakai baju celoreng bersenjata mainan menggambarkan tentera pejuang negara. Gimik Minggu solidariti Palestin, guru berpakaian seperti pejuang... fahamkan murid-murid siapa Hamas dan Al-Qassam, tiada kaitan dengan pengganas,” ujar segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain