suria

Sultan Johor Agong ke-17

Sultan Ibrahim dilantik menjadi Agong berkuat kuasa 31 Januari 2024. -Gambar Bernama

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pelantikan selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024.

Syed Danial turut memberitahu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga berkuat kuasa 31 Januari 2024.

"Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Yang Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara pada hari ini bersetuju mengisytiharkan, Sultan lbrahim, Sultan Johor dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVll, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.

"Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama lima tahun mulai dari tarikh sama," katanya menerusi satu kenyataan, pada Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain